Bila nak Keke Challenge tapi mak kau, Kak Ton datang tarik telinga..

KUALA LUMPUR 30 Mac – Tampil dengan imej botak, pemenang tempat ketiga program realiti Pencarian Hero Remja 2017, Harris Annuar, 25, mahu terus mengekalkan penampilannya itu demi meneroka bidang lakonan yang diminati sekian lama.

Pada masa yang sama, Harris yang juga anak kepada pengasas produk kosmetik Beauty Umaira, Zaiton Hassan itu berpendapat, dia selesa berpenampilan sedemikian rupa selain tidak terbeban dengan kos penjagaan rambut.

“Sebelum ini, saya aktif di pentas peragaan sebagai model. Disebabkan terlalu kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi pelbagai bahan kimia, saya berhadapan dengan masalah keguguran.

Image result for kak ton dan lima anak

“Ditambah pula, saya jenis yang ambil mudah bab penjagaan rambut. Ada waktunya, saya culas dan malas cuci rambut betul-betul. Jadi, inilah kesannya,” katanya berterus terang.

Mengulas tentang pembabitannya dalam bidang lakonan, Harris harap imej botak yang dibawanya dapat memberi kepelbagaian karakter terhadap hero sedia ada.

Menurutnya yang juga seorang atlet itu, jarang ditampilkan pelakon berkepala botak sebagai peneraju utama dan dia bersedia memikul peranan tersebut jika diberi peluang.

“Insya-Allah, andai peluang diberikan, akan digalas sebaik mungkin. Mana tahu imej botak ini dapat mendatangkan tuah kepada saya kelak,” tuturnya sambil meletak harapan menggunung. –

UTUSAN ONLINE

VIDEO: