Kerana terlalu yakin, sebuah feri yang membawa dua lori muatan penuh tenggelam ke dasar air

Jika semua manusia mengikut peraturan, pasti tidak akan berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan, kejadian jenayah dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sesebuah peraturan atau undang-undang itu ditetapkan bertujuan untuk mengawal tingkah laku masyarakat.

Dalam kes ini, sebuah feri yang membawa muatan melebihi had ditetapkan telah tenggelam ke dasar air.

[VIDEO] Kerana terlalu yakin, sebuah feri yang membawa dua lori muatan penuh tenggelam ke dasar air

Hanya melihat kepada keadaan muatan pada ketika sahaja kita sudah tahu pengangkutan ini pasti mengundang risiko yang tinggi. Masakan tidak, sebuah feri membawa dua buah lori yang mengangkut muatan berlebihan sudah kelihatan terumbang-ambing sewaktu menyeberangi air.

[VIDEO] Kerana terlalu yakin, sebuah feri yang membawa dua lori muatan penuh tenggelam ke dasar air

Walaupun kelihatan feri tersebut mula menyenget sehingga menyebabkan air mulai memasuki ke dalam feri, mereka tetap mengambil keputusan untuk mengabaikannya dan meneruskan perjalanan.

[VIDEO] Kerana terlalu yakin, sebuah feri yang membawa dua lori muatan penuh tenggelam ke dasar air

Akibatnya… Anda boleh agak sendiri apa yang terjadi ke feri dan dua buah lori tersebut. Tenggelam!

[VIDEO] Kerana terlalu yakin, sebuah feri yang membawa dua lori muatan penuh tenggelam ke dasar air

Insiden ini boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup kita. Setiap perkara mempunyai batasan yang tertentu. Jika kita terlalu mendesak sesuatu perkara, mungkin kita akan menanggung lebih banyak kerugian.

VIDEO: