Bas Rapid KL merempuh lebih 20 kereta

Dari perkongsian Azri Arip di Facebook kira – kira pukul 8.54 PM tadi, pemandu bas ini telah merempuh banyak kereta di jalan raya dari Keramat Au2 sampai ke Ampang.

 

Dikatakan bas itu telah melanggar kereta sehingga kereta itu terbabas merempuh gerai burgernya. Ketika itu ibunya yang sedang pangku bayi berusia 2 bulan terpelanting akibat rempuhan tersebut.

Akibat berang dengan tindakan pemandu bas yang memandu secara merbahaya Azri ini telah mengejar pemandu bas ini sampai berjaya ditangkap.

Saksikan video ini :

Pemandu bas berkenaan kelihatan seperti bingung mungkin akibat daripada dibelasah orang ramai.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Namun ada saksi yang menceritakan kejadian sebelum berlakunya insiden ini.

Lihat keadaan pemandu tersebut :