Resepi Bingka Pandan Sukatan Cawan Tanpa Pewarna Tambahan

Kalau disebut antara kuih yang senang dibuat tapi rasa enak , yang terlintas di fikiran saya antaranya kuih bingka sama ada bingka pandan atau bingka ubi kekuningan. Rasanya  lemak-lemak manis yang terhasil daripada lemak santan memang mengasyikkan.

Lihat masih ada bekalan daun pandan yang dibeli oleh suami dan santan segar , terus saya katakan ” hari ni nak buat bingka pandan guna sukatan cawan “. Boleh la saya bantu pembaca blog saya buat di rumah kan. Untuk apa-apa kuih dan kek sukatan cawan , saya gunakan cawan yang bersamaan cecairnya 250ml.Cawan sy lebih kurang cawan metrik. Itu kuncinya pada kesedapan kuih bakar pandan ni.

Resepi Bingka Pandan Sukatan Cawan Tanpa Pewarna Tambahan

Banyak nama untuk kuih bingka pandan yang ditabur bijan ni, kalau di tempat asal saya di Kota Bharu ,ianya dipanggil ” kuih beke ” .Banyak dijual di kedai-kedai pada waktu pagi. Tapi macam biasalah , rasanya lebih kepada tepung gandum.Ada juga yang panggil kuih bakar. Terpulanglah asalkan sampai maksud yang sama kan.

Kalau tengok warna kuih bingka pandan yang agak kehijauan, ianya dicampur dengan sedikit pewarna.Untuk kuih bakar tepung gandum ni, saya lebih suka kekalkan rasa aroma pandan dalam rasa kuihnya.

Resepi Bingka Pandan Sukatan Cawan Tanpa Pewarna Tambahan

Bahan-bahan untuk membuat resepi bingka pandan untuk 5-6 orang makan ni :

* 4 helai daun pandan *

* 1 cawan air * ( 250ml )

* 3 cawan santan cair ( 250x3ml)

* 2 biji telur grade B

* 2 cawan gandum ( 360 gram )

* 2 sudu makan marjerin

* 1 cawan gula halus ( 180gram)

* 1 sudu the essen vanilla

* Sedikit bijan – saya gunakan bijan putih dan juga bijan hitam.Sedap campuran seperti ini.

Cara masak bingka pandan tanpa sebarang pewarna tambahan  ini saya dah sediakan dalam video tutorial di atas ea. Boleh tengok n terus baca lagi supaya tip top hasilnya :

#1: Blend bahan bertanda * dan tapis ambil jus pandan.Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar. Blend hancur . Nak tapis buat kali kedua pun boleh aduanan kuih bingka pandan ni sebelum masukkan ke dalam pembakar.

Resepi Bingka Pandan Sukatan Cawan Tanpa Pewarna Tambahan

#2: Untuk elakkan bingka melekat pada tempat pembakar, saya gunakan parchment paper. Memang elok tak melekat langsung. Alas je pada semua ruang dalam periuk pembakar. Beza parchment dengan baking paper ni adalah, kalau roti ,kuih, pau atau yang jenis lembik melekat, gunakan parchement. Setakat alas kek dan biskut, gunakan baking paper. Jelas kan beza kedua kertas ni.

#3: Masukkan dalam periuk dan bakar 55 minit.Api kecil sahaja tau.Jangan guna api besar untuk elak permukaan bingka panda ni jadi berombak, turun dan kekuningan sangat. Tak cantik. Jadi bakar dengan api kecil saja.Periuk sy alas dengan parchment paper untuk elak melekat. Memang tak lekat langsung.

#4: 30 minit selepas bakar buka dan tabur bijan hitam dan putih.Saya tak tabur di awal untuk elakkan bijan dari terendam dalam adunan kuih. Minit ke 40 buka tudung periuk dan bakar camtu untuk keringkan sedikit dan biarkan masak cantik

#5: Sejukkan dulu bingka pandan ni betul-betul sebelum dikeluarkan dan dipotong.Hasilnya cantik lepas guna tips ni.

Resepi Bingka Pandan Sukatan Cawan Tanpa Pewarna Tambahan

Nak potong bingka dari melekat ada juga tips. Jangan seret tapi potong menegak dan satu-satu bahagian.Guna pisau plastik lagi cantik.Nak dapat lurus, letak je pembaris atas permukaan kuih bingka ni.

Video :