Diskaun Saman Trafik 50% Mulai 3 Ogos Hingga 5 Ogos 2018

Kebanyakan kita mempunya banyak saman tertunggak. Ada yang mencecah ribuan ringgit. Ini disebabkan apabila kena saman, menangguh pembayarannya menunggu diskaun. Apabila diberikan diskaun, ada juga yang masih melengahkan kelonggaran yang diberikan itu.

Ada juga tidak mengetahui yang kenderaannya di saman. mungkin tidak perasan. Sebenarnya banyak cara untuk memeriksa samada kita ada dikenakan saman atau tidak. Berbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan dan Polis.

Bersempena dengan Program Festival Kesenian Negeri Perak tahun 2018, Polis Di Raja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak akan membuka kaunter semakan dan pembayaran saman trafik dan menawarkan diskaun sebanyak 50%.

Tawaran diskaun ini bukan hanya meliputi saman yang dikenakan di dalam negeri Perak sahaja bahkan merangkumi saman yang dikenakan di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun tidak semua saman akan diberikan diskaun oleh pihak Polis dalam tawaran tersebut.

 saman trafik 2018,

SAMAN YANG TIADA DISKAUN

Senarai saman yang tidak akan diberikan diskaun dalam tempoh masa di atas adalah seperti berikut:

1. Saman tidak boleh kompaun seperti kesalahan tiada lesen memandu.

2. Saman Bicara.

3. Saman Berstatus Tangkap.

4. Saman Op Selamat 2018.

5. Saman Kemalangan 2018.

TEMPAT PEMBAYARAN

Tempat semakan dan pembayaran saman adalah seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 3 Ogos 2018 hingga 5 Ogos 2018.

Masa :  Mulai jam 9.30 pagi sehingga jam 9.00 malam. Bagi hari Jumaat, 3 Ogos 2018 akan bermula pada jam 3.30 petang hingga jam 9.00 malam).

Tempat: Dataran Ipoh (Dataran MBI) Ipoh, Perak

NOTA: Pembayaran saman berdiskaun hanya di tempat yang dinyatakan di atas sahaja.

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia juga tahu bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi membuat semakan samada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

Anda juga boleh menyemak saman secara online melalui pautan di bawah.

1. Sistem Semakan Online PDRM

2. Laman Interaktif Trafik PDRM

Jangan lepaskan peluang ini, jumpa anda di ruang pameran Polis Di Raja Malaysiadi Dataran Ipoh.

Sumber: Polis Di Raja Malaysia