Ibu Puteri Balqis Beri Tahu Aqish Dalam Keadaan Lemah.

PELAKON cilik, Puteri Balqis, 11, atau lebih mesra disapa Aqish dikhabarkan kesihatannya kini berada dalam tahap kurang memuaskan, pada Ahad lalu.

Me nerusi perkongsian video oleh ibunya, iaitu Norashikin Mohd Azizdi di akaun @rockingbalqis sekitar pukul 3 pagi, Aqish kelihatan lemah.

“It’s already 3am..haven’t slept for 2days.Puteri is still not in a very good condition,” coret ibunya dengan tanda pagar #lostWithoutHerSmile.

Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan Aqish mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

“Ka mi perasaan keadaan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tem poh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian menunjukkan begitu.

“Se jak awal tahun hospital sudah seperti rumah kedua kami berikutan Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.

“Lebih te ruk apabila dia pengsan dan muntah hampir setiap hari,” kata ibunya luluh melihat keadaan Aqish.

Selain itu, menerusi media sosial penyanyi terkenal, Anuar Zain, mengajak orang ramai mendoakan kesihatan bintang cilik ini sembuh seperti sedia kala.

“Kepada se mua teman-teman IG dan FB, mohon doakan kesihatan Puteri Balqis supaya cepat sembuh dan dapat terus mewarnakan industri seni Malaysia dengan lakonan hebatnya.

“Semoga doa ki ta semua di bulan yang mulia ini di makbulkan Allah S.W.T.  Such a talented girl! Stay strong and get well soon, Puteri Balqis. Terima kasih semua atas doa anda,” tulisnya

Video Penuh