Dua Orang Pencuri Datang Ke Kedai Ini Untuk Mencuri Tetapi Apa Yang Berlaku Kemudiannya Telah Membuat Juruwang Bersyukur Atas Kehadiran Mereka

Apabila kedua-dua orang pencuri ini datang ke kedai untuk mencuri barang, mereka tidak menyangka ia akan berakhir dengan senario yang berbeza di mana mereka muncul sebagai wira. Satu rakaman pita tertutup dari sebuah kedai serbaneka mendedahkan dua orang pencuri yang datang ke kedai untuk mencuri seberapa banyak item yang mereka dapat capai.

Rancangan pasangan pencuri ini adalah kedua-duanya mula memasuki kedai bersama sebelum salah seorang daripada mereka berjalan ke kaunter dan cuba mengalih perhatian juruwang.

Sementara itu, pencuri yang kedua (rakannya) dilihat mencuri barang-barang dari rak dan memasukkan barang ke dalam beg sesegera yang mungkin.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba, situasi serta-merta bertukar menjadi dramatik apabila seorang perompak masuk ke kedai dan mengancam juruwang dengan senjata api. Tetapi, perompak itu tidak menyedari kehadiran kedua-dua orang pencuri itu kerana dia sibuk mengancam juruwang dengan senjata di tangannya.

Apa yang awalnya merupakan pelan kecil untuk mencuri barang-barang dari rak-rak kemudiannya menjadi satu babak yang hebat buat kedua-dua orang pencuri ini.

Ketika perompak itu sibuk mengancam juruwang dengan senapang, seorang pencuri memutuskan untuk mengalihkan perhatian perompak itu dengan menggunakan papan luncur yang dimilikinya.

Apabila gangguan itu berjaya, pencuri yang satu lagi kemudiannya dengan segera memberkas perompak itu dari bahagian belakang sehingga jatuh tertiarap.

Perubahan ‘watak’ yang tidak disangka-sangka di tengah-tengah video rakaman itu telah menyebabkan video itu menjadi tular dengan segera di internet. Sesetengah penonton juga meninggalkan komen bahawa juruwang itu harus berterima kasih kepada dua orang pencuri itu kerana telah menyelamatkan hari tersebut.

Tonton video yang mendebarkan ini di sini dan jangan lupa tinggalkan komen anda!

VIDEO :