Syarikat Durian Hantar Samseng Robohkan Sekatan Orang Asli

Hutan seperti semua orang tahu ialah rumah kepada Orang Asli. Ia adalah tempat di mana orang asal ni berteduh, cari punca makanan dan lebih rapat dengan alam semulajadi.

Namun baru-baru ni, Orang Asli rasa terancam lepas sebuah syarikat penanaman durian telah memusnahkan sekatan yang dibina kat kawasan mereka. Menurut WORLD OF BUZZ, komuniti Orang Asli dekat Gua Musang, Kelantan telah bina sekatan untuk halang kemusnahan hutan yang berlaku kesan pembalakan haram dan penanaman durian.

Walau bagaimanapun, sekatan yang dorang bina 6 bulan lepas telah dimusnahkan pada 4 Ogos lalu oleh syarikat penanaman durian tersebut!

Lihat video :

Presiden Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata kepada Malaysiakini, Orang Asli ni pada mulanya ingat ‘lelaki-lelaki’ dari syarikat tu datang untuk discuss masalah yang dihadapi dan tak expect pun akan berlaku pergaduhan.

“Kami ingat mereka datang untuk berbincang, tapi tiba-tiba mereka keluar dari kereta bawa gergaji dan memusnahkan sekatan yang kami bina,” kata Mustafa.

Namun insiden ni tak melunturkan semangat Orang Asli yang katanya nak bina semula sekatan tu dalam tempoh 24 jam. Perkara ni dikatakan berlaku lepas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa melawat dan janji untuk wartakan tanah tu untuk Orang Asli di sana.

Kejadian melibatkan Orang Asli Temiar ini telah mendapat perhatian netizen yang minta pihak berkuasa ambil tindakan keras. Malah ada jugak yang simpati dengan apa yang berlaku.

Terbaru, pekerja daripada syarikat penanaman durian tersebut dikatakan telah membina sekatan mereka sendiri dan menghalang jalan keluar dan masuk dari Pos Tohoi, Gua Musang.

Menurut The Star, komuniti Orang Asli di situ telah terperangkap dari dalam kerana sekatan tu menghalang perjalanan kereta, termasuklah kenderaan yang bawa pesakit ke hospital. Gilanya!

Bagi mereka yang ingin membantu, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA Malaysia) menerima derma untuk membawa komuniti ni ke Parlimen. Memorandum jugak akan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Korang boleh dermakan ke akaun Maybank Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam bernombor 5621 0672 4536.

Sama-samalah kita tolak kekejaman ini dan doakan semoga Orang Asli di sana baik-baik saja.