Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Dengan Sukatan Cawan

Sebut sahaja kek coklat cheese,terus terbayang dalam minda kelazatan rasa kek coklat dengan lapisan cheese di tengah-tengah kek yang dikukus sempurna.

Bukan sahaja kanak-kanak yang suka resepi kek ini,orang dewasa pun tak ketinggalan.Macam-macam variasi yang timbul.Kek coklat lapis cheese lava,kek coklat cheese berhantu.Semua power rasannya .

Kali ini kami nak berikan resepi  kek coklat cheese sukatan cawan.Sebab kadang-kadang ada yang malas nak menimbang.Senang guna cawan.Tapi kena ingat,guna cawan metrik supaya sukatan yang digunakan adalah sama.

Untuk cheese  yang ingin dijadikan cream pada lapisan tengah kek coklat pula,anda boleh pilih apa-apa jenama yang sesuai.Kebiasaan kami menggunakan jenama Tortura sebab mudah didapati di pasaraya kan.

Yang paling best kek coklat bersama cheese ini sebab ianya dikukus.Sangat mudahkan kerja.Kek yang dikukus biasanya rasanya lebih lembab dan tidak kering.Ini yang buatkan kek ni tak muak kan.

Bahan-bahan resepi kek coklat cheese kukus mudah:

Bahan A :

* 1 cawan gula*

* 1 cawan susu cair*

* 1 cawan serbuk koko*

* 1 cawan minyak*

* 1/2 cawan susu pekat*

Bahan B :

* 3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Bahan C :

* 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk lapisan chesee:

* 250 gram cream cheese jenama Tortura*

* 60gram gula kastor*

* 25 gram tepung gandum*

* 25 gram susu segar*

* 1 biji telur gred A

Bukan susah rupanya nak buat kek coklat cheese yang sedap camni Nak kukus dalam bekas plastik atau loyang takde masalah.Ada yang suka tabur parutan cheese lagi atas kek ni atau buat cheese leleh.Jom cuba kek best ni.
Cara penyediaan cream cheese :
#1: Pukul semua bahan yang bertanda kecuali telur sehingga gebu barulah dimasukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.Siap untuk dikukus nanti.

Cara-cara penyediaan kek coklat kukus cheese mudah :

#1: Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil.Sentiasa kacau supaya tidak berketul.Bila dah sebati ,tutup api dan biarkan sejuk.

#2: Pukul bahan B sampai kembang dan gebu barulah masukkan bahan A kacau hingga sebati dan seterusnya masukkan pula bahan C.Kacau sampai sebati.

Gunakan loyang segi empat sama contohnya 8×8 inci ataupun bekas plastik kecil.Tiada masalah..Alas permukaan loyang dengan baking paper dan oles dinding loyang dengn marjerin atau sedikit minyak untuk kek coklat cheese senang dikeluarkan nanti.

#3: Tuangkan 1/2 adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak dalam anggaran 20 minit menggunakn api sederhana.

Bukan susah rupanya nak buat kek coklat cheese yang sedap camni Nak kukus dalam bekas plastik atau loyang takde masalah.Ada yang suka tabur parutan cheese lagi atas kek ni atau buat cheese leleh.Jom cuba kek best ni.

Barulah buka penutup dan masukkan adunan creem cheese tadi dan sambung kukus 20 minit lagi sebelum tuang adunan coklat untuk lapisan atas dan sambung kukus selama 30 minit.

#4: Bila dah masak,sejukkan kek barulah diterbalikkan dan dipotong.

Best sangat rasa lembut je kek coklat lapis cheese ni.Memang berbaloi untuk dicuba.Terima kasih Puan Erna Hasmimie atas resepi best ni.Selamat mencuba.