Pasangan Dikecam Memandu Sambil Beriba

Selalunya kalau kita tengah drive atas jalan raya tu semua orang nampak stresssebab stuck dalam traffic. Tapi berdasarkan perkongsian seorang individu di akaun Twittersituasi yang dia saksikan ni jarang sekali kita nampak berlaku kat atas jalan. Admin pun first time nampak orang macam ni!

Dalam video berdurasi 8 saat yang dikongsikan, sebuah kereta Satria Neo berwarna hitam dilihat dipandu oleh seorang lelaki. Tingkap kereta tersebut tertutup tapi segala kelakuan pemandu dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta tidak di tinted terlalu tebal.

Apa yang mengejutkan, lelaki tu memandu kereta sambil meriba seorang wanita! Eh dah kenapa? Melalui rakaman video tersebut, wanita tu tak nampak macam kanak-kanak pun. Disebabkan hal tu, ramai berpendapat yang lelaki serta wanita berkenaan merupakan pasangan kekasih yang ambil kesempatan nak buat benda tak senonoh.

Rata-rata keliru melihat apa yang dilakukan pasangan tersebut sebab tak sure la wanita tu nak belajar memandu atau lelaki tu tengah mengajar cara nak drive ataupun apa. Ada jugak yang cakap dorang maybe tengah main aplikasi Tiktok. Hmm..

Tapi dalam ramai-ramai yang duk kecam tu, ada jugak yang minta supaya semua orang bersangka baik kat pasangan tu. Katanya mungkin lelaki tu tiba-tiba kena stroke tak boleh nak bergerak. Jadi terpaksa la wanita tu ambil ambil alih dan pandu kereta dalam keadaan beriba.

Pasangan tu jugak dikatakan boleh jadi mungkin sepasang suami isteri yang nak berseronok menceriakan hubungan kekeluargaan dorang. Lebih dahsyat lagi, ada yang fikir dorang adalah pasangan cacat yang saling melengkapi supaya boleh sampai ke destinasi dengan selamat.

Pun begitu, ada netizen berpendapat jika dorang suami isteri sekalipun, tak elok berkelakuan macam tu kat tempat awam. Dah la boleh menimbulkan fitnah, silap hari bulan boleh terlibat dalam kemalangan sebab cara memandu yang tidak selamat.

Betul jugak tu. Walaupun korang suami isteri sekalipun, keselamatan di jalan raya perlu diutamakan. Jangan sampai ada nyawa yang melayang sebab kecuaian kita. 

Tengok video pasangan beriba sambil memandu ni: