Netizen Bengang Dengan Pemain Takraw Indonesia, Kuat ‘Menganjing’

Perlawanan sepak takraw Malaysia vs Indonesia yang berlangsung semalam boleh dikatakan antara perlawanan paling sengitlah dari mana-mana games lain kat Sukan Asia kali ni. Namun mujurlah Malaysia menang pingat emas walaupun lalui macam-macam dugaan dari segi penjurian dan perangai over pihak lawan.

Antara perangai paling annoying pihak lawan yang buat netizen bengang ialah sikap pemain Indonesia yang suka ‘menganjing’ tak kena tempat. Nah tengok video yang tengah viral kat Twitter ni. Bengang je tengok perangai pemain Indonesia tu. Siap menari-nari lagi bila team dorang dapat points!

https://twitter.com/danial_hqm/status/1034319795380834305

Rata-rata netizen anggap sikap angkuh dari team lawan yang membuatkan mereka kalah perlawanan sepak takraw semalam. Ada yang sempat screenshot lagi wajah ‘mamat botak’ yang digembar-gemburkan tu lepas kalah dengan team Malaysia. Amboi marah betul korang ye.

Tak cukup dengan tu, netizen jugak anggap team tuan rumah bukan saja biadap tapi childish dan sikap ni memang tak patut diamalkan.

Pun begitu, semangat team kita dalam memenangi perlawanan ni memang mendapat pujian ramai. Netizen jugak tersentuh lihat jurulatih Malaysia menangis dan terharu bila dapat tahu pasukan sepak takraw akhirnya mendapat pingat emas. Haih siapalah yang potong bawang ni…

Video kemenangan :

Papepun diharapkan semoga pasukan tuan rumah berhentilah psycho pihak lawan cara macam ni. Nampak kebudak-budakkan sangat dan rata-rata netizen Indonesia dan Malaysia bergaduh sebab hal kecil macam ni. Tak baik tau gaduh-gaduh gaiss!

Tahniah team sepak takraw Malaysia! Harap lebih banyak lagi emas yang dapat kita kumpul lepas ni!