‘Encik, saya baca rekod isteri, nampaknya kami pernah jumpa isteri Encik February lepas. Kami bagi temujanji dengan doktor bahagian Onkologi. Kenapa tak datang ya?’. Lelaki itu tertunduk.. Astagfirullahalazim!

Seorang Doktor, Dr. Hj Ezairy M. Sallih adalah seorang doktor yang selalu memberi tips-tips kesihatan dan berkongsi nasihat kepada orang ramai melalui akaun media sosialnya. Dan yang terbaru beliau memuatnaik satu kisah yang sepatutnya di baca oleh semua orang agar menjadi panduan dan pengajaran supaya prihatin dengan masalah kesihatan.

Mari kita Baca Tulisan Beliau seperti Di Bawah

“DARAH dalam badan isteri awak ni rendah sangat… sangat rendah.. dia memang akan saya tahan di wad,”

“Buatlah apa yang terbaik pada doktor, saya ikut saja,”

Saya belek-belek rekod lampau pesakit ini. Umur tiga puluh empat tahun. Known case of breast cancer, planned for chemotherapy and referred to oncology in february…hmmm..”

Saya menghela nafas panjang.

Saya teruskan pembacaan secara ringkas.

“She was given appoinment to see onco team in March.. but she didnt turn up.. defaulted!!”

Saya segera ke katil pesakit. Saya dapat lihat beberapa pesakit lain turut sedang di rawat di zon kuning.

Semua tidak stabil.

“Encik, saya baca rekod isteri… nampaknya kami pernah jumpa isteri encik pada februari lepas. Kami bagi temujanji dengan doktor bahagian onkologi. Kenapa tak datang ya?”

Saya sekadar mahukan kepastian.

Lelaki itu tertunduk. Dia hela nafas dalam- dalam…

****************************************

“Isteri kamu ni kena buatan orang, nasib baik cepat dibawa berubat,”

Otak yang berserabut terasa lega.

Seakan ada ‘penawar’ yang dapat menyembuh. Seolah ada sinar di hujung jalan. Seakan ada pintu di hujung lorong yang sangat gelap.

“Alhamdulillah, kalau macam tu…boleh ke ubatkan isteri saya ni tok,”

Lelaki itu banyak berdiam. Sekali kali mulutnya terkumat kamit. Tak jelas kedengaran bacaannya. Sukar sangat untuk difahami.

Sekali kali dilihat ia menghembus hembus nafasnya. Sekali kali menggeleng geleng. Sekejap kejap terangguk angguk.

“Jangan dibuat apa- apa dengan isteri kamu ni. Aku akan berikannya air penawar, minumlah.. ”

****************************************

Saya menghela nafas panjang.

“Astaghfirullahal’azim…”

“Tak apalah, encik. Buat masa ini saya kena selamatkan isteri encik. Keadaannya sangat tak stabil sekarang,”

“Kami akan upgrade dia ke zon merah selepas ini,”

“Dr Ezairy, kami baru dapat call dari blood bank. Darah patient ni tak boleh transfuse dulu. Ada antigen yang incompatible. So blood bank minta kita withold dulu,”

Panggilan salah seorang doktor di jabatan kecemasan itu benar- benar mengganggu saya.

” Hb is only 2.8 and they asked us to hold the transfusion??”

“They said they will try to get it as soon as possible,”

Kriing.. kringgg…. kringgg

“Helo hi Dr Ezairy. Dr Nabihah here. I just want to update you that we now are able to get 1 pint packed cell for your patient, and we will try to get another pint tonight,”

“Huh…”

Saya merengus sendiri.

“Once stable, admit this patient…” pendek arahan saya

****************************************

Keesokan harinya saya lihat keadaan pesakit dengan lebih dekat.

Saya luangkan sedikit masa untuk menyelami keadaan pesakit dan keluarga.

“Kami ada empat orang anak doktor.. yang sulung enam tahun.. paling kecil baru dua tahun,” ujar si suami.

Dia nampak tabah.

Dari sehari ke sehari keadaan pesakit semakin tidak stabil.

Daripada hanya memerlukan oxygen nasal prong 3 litre, sehingga memerlukan oxygen maximum high flow mask.

Beliau nampak tercungap cungap ketika saya melakukan rondaan bersama doktor yang lain.

“Daripada x-ray yang kami buat, besar kemungkinan sel-sel kanser itu dah merebak ke bahagian tulang-tulang dan paru-paru, sebab itu juga isteri awak nampak susah untuk bernafas..”

“Kalau rasa nak bawa ahli keluarga atau anak anak, bolehlah bawa. Kami izinkan..”

Saya boleh lihat keempat-empat anaknya sudah berada di sisi si ibu.

Ya… si ibu yang sedang berjuang mempertahankan kudrat dan nyawa yang terdaya.

Air mata menitis di atas pipinya.

Kesemua anak anak kecil itu tak mengerti apa- apa. Wajah mereka kosong.

Tak ada apa-apa kata yang mampu terluah.

Hanya pilu dan bermacam macam perasaan yang bercampur- baur di saat itu.

Saya tinggalkan mereka sekeluarga sekitar jam lima petang.

Dr. Hj Ezairy Sallih Facebook

****************************************

Saya kembali ke wad membuat rondaan pagi sebagai rutin harian pada keesokan harinya.

Katil bernombor sembilan kosong…

Tiada pesakit.

Hanya sebuah bantal dan cadar putih bersih sahaja di atas katil itu.

Nama pesakit juga telah dipadam.

Saya segera periksa dokumen- dokumen pesakit.

“Innalillahiwainna ilaihirajiun…”

DaripadaNya kita datang

KepadaNya kita juga kembali..”

Tidak salah untuk kita mencari dan menemui apa apa juga rawatan alternatif selagi ianya boleh mendatangkan kesembuhan… InshaaAllah.

2. Namun jangan sekali kali ditinggal rawatan dan temujanji di hospital.

3. Ingatlah sentiasa insan insan serta orang yang sentiasa menyayangi dan amat memerlukan kita.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Al Jumu’ah:8].

****************************************

** Saya pernah kongsi kisah ini sebelum ini. Tiba-tiba rasa ramai lagi antara kita yang perlukan kesedaran. Bantulah mereka, kalau bukan kita , siapa.