[VIDEO] Fuh Sedap Suara Dia – Rukun Solat Challenge Dalam Bentuk Nyanyian, Fitri Haris Sahut Cabaran PU Azman.

Bekas juara Pencetus Ummah musim ke 2 iaitu PU Azman merupakan salah seorang pakar motivasi yang sangat peramah dan mudah didekati netizen. Apa tidaknya, sifatnya yang lucu dan sempoi membuatkan ramai netizen gemar mendengar ceramah yang disampaikan oleh dirinya. Setiap persoalan berkaitan dengan hukum juga pasti dijawab dengan mudah dan senang difaham oleh netizen.

Malah, PU Azman juga antara pakar motivasi yang sangat memberi pengaruh dalam laman media sosial Instagram.

Melalui perkongsian di laman Instagram, PU Azman ada memuatnaik satu video mengenai rukun solat challenge yang dibuat oleh seorang artis, Fitri Haris. Fitri Haris merupakan juara Gema Gegar Berganva (GGV) musim 2018 telah menyahut cabaran daripada PU Azman untuk sama-sama membaca dan menghafal rukun solat. Video tersebut telah direpost semula oleh PU Azman yang diambil daripada Instagram rasmi Fitri Haris.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah Fiti Haris telah menjadikan 13 rukun solat tersebut sebuah lagu dalam melodi yang mudah dan senang diingat. Malah, video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen,

“Wow, ada juga artis yang join. Suara dia memang legend…”.

Terbaik, 13 rukun solat versi Fitri Haris

VIDEO :

Best, Fitri dah buat lagu, senang bagi anak-anak ingat