‘Fitness Coach’ Ini Kongsi Tips ‘Shopping’ Stok Makanan Sihat, Khas Untuk Yang Sibuk

Mesti ramai tertanya-tanya, bila nak diet ni takkan nak makan sayur dan buah saja. Tak boleh ke makan benda lain? Sebenarnya banyak pilihan makanan yang kita boleh makan, asalkan kita selalu periksa labelnya sebelum membeli.

Begitulah kata Puan Azzatie Intan Suraya yang sudi berkongsikan tips untuk shoppingstok makanan sihat di pasar raya. Menurut beliau yang juga seorang ibu merangkap personal trainer dan fitness coach, tips ini adalah sebahagian daripada groceries shopping lesson untuk support group meal plan yang dikendalikannya.

Mari kita tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, lebih ramai yang dapat memilih makanan sihat dalam hidangan harian.

TIPS SHOPPING STOK MAKANAN SIHAT & SESUAI UNTUK DIET

Ramai tak sangka sebenarnya banyak makanan yang boleh makan walaupun kita tengah diet. Barang-barang ini pun tak susah nak dapat. Ada di Tesco, Village Grocer, Jucso, Cold Storage, Aeon Big, Giant dan kebanyakan pasar raya besar. Saya saja pilih Tesco sebab banyak tempat boleh jumpa Tesco. Jadi, tak ada alasan untuk tak jumpa pilihan alternatif dalam healthy eating ini.

Kebanyakan barang yang digunakan dalam senarai ini saya gunakan untuk sediakan hidangan sarapan, makan tengah hari, makan malam serta snek. Apapun, sayur dan buah-buahan segar adalah pilihan yang paling utama, lagi raw lagi bagus ya!

1. BAHAN TENUSU

Kalau nak cari keju, boleh pilih jenis slim cheese sebab 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal bagi keju cheddar biasa.

Bagi yang suka yogurt, carilah natural yogurt atau Greek yogurt untuk breakfast parfait atau sebagai snek. Yang penting, elakkan yogurt berperisa yang manis.

Susu pun sama, pilihlah susu segar kalau nak buat overnight oat atau sekadar untuksnacking.

2. BAHAN PERAPAN / SOS / SALAD DRESSING

Saya suka pilih sos hoisin, plum sauce dan Kicap Enaq sebab ianya non-GMO sebagai bahan perapan.

Kemudian, boleh beli parsley, rosemary, oregano flakes, cajun, paprika, mustard dan chilli powder untuk menambahkan lagi perisa.

Kalau nak pilih sos cili, boleh pilih Lingham. Sos cili Lingham ada 3 jenis iaitu Sweet & Spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu rasanya cuma 19kcal per tablespoon. Tapi jenis ni agak susah nak jumpa.

Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain. Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal.

Mayonis pula jenis Kewpie Half. 1 tbs cuma 54kcal. Berbanding mayonis biasa 1 tbs 90kcal.

Sebagai pengganti gula, boleh cari molasses atau raw sugar cane.

Kalau sebelum ini biasa guna garam halus, boleh gantikan dengan Himalayan rock salt.

Boleh gunakan madu juga sebagai pemanis semulajadi. Pilih jenis raw honey.

3. ROTI & JEM

Untuk pilihan roti, selalunya saya beli Roti Gardenia jenis Canadian Wheat. GI Value (Glysemic Index) pun paling rendah. Kalau tak ada, wholemeal bread pun dah cukup baik.

Kalau tak ada Canadian Wheat, biasanya saya akan ambil jenis Sommerset macam dalam gambar di bawah ini.

Bagi penggemar wraps, always go for 6 Grains Wrap. 1 keping cuma 143kcal.

Contoh jem yang baik lebih banyak perasa buah. Contohnya jem St Dalfour, ada banyak perisa. Kalau tengok di labelnya ada tertulis yang ia sesuai untuk pesakit diabetes.

Saya guna jenis ini. 100% strawberi dan sugar free.

Banyak juga pilihan untuk natural peanut butter. Kena rajin periksa label untuk semak kandungan minyak, garam, gula, dan kalorinya.

4. MAKANAN DALAM TIN

Untuk sumber protein segera, boleh makan Tuna Chunks In Water. Kurang lemak dan kurang garam berbanding jenis yang lain. Buat sandwich tuna tetap sedap.

Antara contoh baked beans yang tidak mengandungi gula tambahan.

5. BISKUT

Ada banyak contoh biskut untuk snacking.

Contohnya Multigrain Crackers jenama Tesco ini kalau 6 keping baru 143kcal. Saiz besar dan sangat mengenyangkan.

Ramai fitness coaches suka makan Weet-Bix ni sebagai snek. Kenyang dan sedap.

Tesco Wheat Crackers ni 6 keping baru 139 kcal.

Jenis ini pun OK.

6. OAT

Organic rolled oat jenama kegemaran saya Love Earth, 4tbs 90kcal. Rendam dalam susu atau yogurt untuk buat overnight oat.

Boleh juga masak untuk buat bubur atau pancake. 

7. KOPI / TEH

Kopi jenis ini antara yang paling rendah kalori. 1 sachet cuma 7kcal.

8. MINYAK MASAK

Minyak jenis macam ni saya guna untuk stir fry.

Kalau ada yang tanya, saya tak makan deep fry. Saya cuma makan air fry, jadi tak pakai banyak minyak. Rasanya tetap sedap.

9. BERAS

Beras parboiled maksudnya partially boiled. Berbanding beras putih biasa, beras parboiledmengandungi dua kali ganda lebih banyak fiber banding beras biasa. Kadar GI pun sangat rendah berbanding beras putih biasa.

10. FROZEN FOOD

Kadang-kadang tak ada masa, mesti nak simpan juga sikit stok frozen food kan. Nak cepat pun, boleh pilih yang sihat.

Contohnya wholemeal pau ini sebiji cuma 150kcal.

Yang macam ini pun best untuk buat sandwich. Tanpa lemak.

Sesekali nak makan roti canai atau paratha. Boleh ambil dengan 2 tbs homecooked kari. Pilih yang jenis whole meal.

Ini pula favourite saya, Edamame. Pengganti telur sabab saya tak suka telur. Kacang edamame ni mengandungi sumber protein, kalsium dan zat besi yang baik. 1 paket begini boleh bahagikan untuk 5 kali makan.

Boleh cari dekat area sweet corn, sweet peas. Nanti adalah terselit Edamame ni.

11. SNEK

Macam biasalah, antara pilihan fitbar, muesli, granola untuk fast breakfast.

Sesekali sweet cravings tak salah pun nak makan coklat. Pilihlah dark chocolate macam ni. Tak ada gula tambahan.

YANG PENTING, PERIKSA LABEL

Sememangnya makanan homemade dan segar adalah pilihan yang terbaik. Tapi tak semua orang ada masa untuk sediakannya setiap hari. Jadi dengan contoh dan tips ini, diharapkan dapat membantu mereka yang nak makan sihat tapi selalu kesuntukan masa untuk menyediakan homemade food. Jadi, tak ada alasan lagi untuk teruskan diet atau makan secara sihat.

Yang penting, kena rajinkan diri untuk periksa label supaya dapat buat pilihan yang baik. Macam-macam boleh makan sebenarnya, cuma kenalah bersederhana dalam menjaga kuantitinya.

OK selamat shopping!