Surat Terbuka Dari Rakyat Kelas Sederhana Untuk Tun Mahathir (PH)

Selepas tersebarnya berita tentang kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed akan menghapuskan BR1M yang kini diperkenalkan sebagai Bantuan Sara Hidup, ramai rakyat Malaysia langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan mengharapkan agar BR1M terus dikekalkan.

Semakan status BR1M 2018 Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup (BR1M) khas untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berita yang amat mengejutkan ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah atau kelas sederhana seperti berkecil hati dan marah dengan berita yang kini heboh di laman sosial dan akhbar-akhbar di Malaysia.

Satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rizuan Ramli telah menarik perhatian netizen apabila luahan hatinya dianggap sebagai suara dan rintihan ramai rakyat Malaysia disampaikan dalam bentuk surat yang terbuka ditujukan khas kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Surat Terbuka Untuk Tun Mahathir Mohamed

surat terbuka untuk mahathir

Gaji aku sebulan RM1200, kerja ada 3 shift, tiada overtime. Isteri aku kerja promoter dengan gaji termasuk elaun RM100 sebulan dan berkerja 3 shift. Kami mempunyai seorang anak berusia 6 tahun dan tahun depan dah nak masuk darjah 1.

Sewa rumah RM350 sebulan, pengasuh RM300 sebulan, bil air dan elektrik RM60 sebulan. Yuran tadika RM20, belanja harian aku dan isteri RM10 setiap seorang iaitu RM20 setiap kira. Jumlah sebulan RM600, sekali dapat gaji terus beli barang keperluan dan barang kering dapur RM200 untuk sebulan.

Tiga hari sekali akan beli barang basah untuk makan hari-hari seperti ikan, sayur dan lain-lain RM30 sama dengan RM300 sebulan. Minyak motor untuk ke tempat kerja RM200 sebulan, pergi kerja asing-asing sebab waktu berkerja kami tak sama.

Baki gaji kami tinggal RM170 dan RM170 inilah untuk simpanan, inilah untuk tambah nilai telefon kami, inilah untuk beli jajan pada anak aku, nilai inilah untuk hari aku tak berkerja dan kadang-kadang bawa family aku ambil angin kat taman sambil makan ABC. Itu belum dikira dengan sakit pening aku dan anak isteri serta mak ayah.

Pakaian kami tak payah berganti? Dan macam-macam kesukaran lagi yang orang-orang kaya tak pernah nampak. Jangan cakap aku suami pemalas sebab tak buat dua kerja. Buka aku tak mahu buat tapi memang aku tak mampu buat sebab aku berkerja ikut shift dan begitu juga isteri aku.

Apabila ada BR1M (Bantuan Sara Hidup) satu tahu tiga kali, kami dapat duit tu kami sekeluarga bersyukur sangat. Duit BRiM itulah aku guna top up gaji aku untuk bayar Road Tax kereta dan motor.

surat khas untuk dr mahathir

Duit BR1M itulah aku guna untuk balik kampung tengok mak dan ayah. Tukar tayar motor isteri aku yang sudah botak atau kadang-kadang kereta rosak tiba-tiba dan macam-macamlah yang orang kaya tak pernah alaminya. Semua ini kami bersyukur bila ada duit bantuan macam BRiM ini.

Takkan kereta rosak aku nak pergi ke Baitulmal kot?

Perdana Menteri kita Tun Mahathir yang bercakap, “buang tongkat dan belajar berdiri dengan kaki sendiri,” cuba cerita kat aku apa yang aku nak buat kalau situasi macam aku?

Bukan mencari alasan dan bukan mengadu domba tapi ini kenyataan kehidupan kami sebagai rakyat kelas sederhana macam aku ni.

Untuk pengetahuan semua, aku dan isteri adalah pengundi Pakatan Harapan yang kononnnya dimomokkan untuk buat perubahan demi rakyat kononnya. Bukan aku tak bersyukur dengan nikmat Allah dan rezeki-Nya, tapi hanya untuk bercerita biar semua tahu keadaan yang sebenar.

Walaupun BR1M tetap dihapuskan, kami sekeluarga tetap juga kena teruskan kehidupan. Tapi biarlah warkah ini membuka mata orang-orang yang cakap tak serupa bikin ini. Kalau selaraskan gaji jadi RM1500 pun dah kami bersyukur, sebab gaji aku dan isteri akan jadi RM3000 sebulan, itu pun dikencingnya jugak.