Polis dedahkan nama individu yang buat ancaman di TV3.

Bangunan sebuah syarikat televisyen swasta TV3 terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, malam tadi.

Menurut sumber, kesemua kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.

“Situasi itu benar berlaku dan bukannya latihan. Ancaman panggilan itu dikatakan dari seseorang dan semua kakitangan berada di luar bangunan,” katanya kejadian sudah dimaklumkan kepada pihak polis.

Seorang kakitangan syarikat itu menerusi rakaman siaran langsung di media sosial berkata ketika kejadian dia dan beberapa rakan sepejabat sedang bermesyuarat sebelum melihat kehadiran polis.

Anggota polis mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan itu keluar dengan serta-merta.

Nama Lelaki Didedahkan

“Apabila ditanya, anggota polis beritahu ada panggilan ancaman bom di sini (syarikat televisyen swasta terbabit).

“Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian difahamkan, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi bagi melakukan pemeriksaan. Sumber: Astro Awani

Nightline Tv3 Dibatalkan Siaran Malam Tadi.

Susulan kejadian itu rancangan berita Nightline yang keudara secara langsung pukul 12 malam setiap hari terpaksa dibatalkan. Pihak TV3 masih menunggu keputusan dari pihak polis samada ancaman ini betul atau palsu.

Kenyataan Pihak Polis.

Pusat Kawalan IPD PJ terima panggilan jam 10.12 malam, seorang lelaki mendakwa telah meletakkan bom di Sri Pentas. Panggilan dibuat melaui talian 999. Arahan mengosongkan bangunan dikeluarkan dan pembersihan oleh unit pemusnah bom.

Setelah pemeriksaan selesai, tiada objek mencurigakan. Semua pekerja dibenarkan kembali masuk ke bangunan. Operasi sekitar 2 jam dan selesai jam 12.30 tgh mlm. Siasatan sedang dijalankan dengan mengenalpasti no telefon yang digunakan. – Ketua Polis PJ, ACP Mohd Zaini Che Din

Video live dari staff TV3 di lokasi malam tadi: