Ikut tegur cara kamu atau tegur cara Rasul lagi salute’ – Zizan

Hari Jumaat yang lalu, Da’i Wan Dazrin menegur tindakan pelawak Johan dan Zizan yang didakwanya tidak menghormati ilmu agama yang cuba disampaikan oleh PU Azman dalam program Jozan Live, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengannya. Boleh baca di SINI.

“Ketahuilah Zizan Razak dan Johan, kedudukan ilmu itu lebih mulia dari lawak jenaka ikut suka hati kita. Lebih-lebih lagi ia berkenaan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

“Kehadiran PU Azman dalam rancangan hiburan Jozan pasti ada makna tersendiri dalam hendak pastikan program itu mempunyai ‘isi’ yang tidak hanya untuk hiburan suka-suka.

“Saya berharap Zizan dan Johan bila ada tazkirah yang disampaikan khususnya ayat Quran dan hadith baginda Nabi, kalian diam sejenak bagi penghormatan,” katanya.

Bagaimanapun Zizan dalam posting terbarunya di Instagram semalam memuat naik kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada Wan Dazrin.

“Ikut tegur cara kamu atau tegur cara Rasul lagi salute lagi cinta sayang kamu.

“Kejar likes kejar viral biar tahu tatasusila masih tahu duduk bersila,” katanya.

Sementara itu di media sosial, ada yang meminta Zizan menerima teguran itu dengan hati terbuka, tidak kurang juga meminta pihak pihak penerbit program itu lebih berhati-hati di masa akan datang bagi mengelakkan program hiburan kegemaran itu terus dikecam.

Video terdahulu :