“Kalau mahu hidup bahagia, janganlah duduk rumah mertua atau rumah ibu bapa sendiri” Ini SEBABNYA Buat ramai SETUJU!

Sekarang aku mahu ceritakan kisah aku sedikit. Selepas berkawan dengan teman lelaki aku selama setahun, dia ajak aku kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah mahu tinggal di mana nanti selepas berkahwin? Aku tidak ada masa untuk bermanja-manja merancang jumlah anak nanti dan kusutkan kepala fikirkan nama anak apa kerana bagi aku, untuk membina keluarga baru, perkara asasnya tentulah sebuah kediaman untuk tinggal bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Bukan mahu menjadi mata duitan perlu beli rumah dulu atau apa, bagi aku, kalau tidak dapat beli, menyewa dulu pun tidak mengapalah. Tidak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekali pun. Mahu bina keluarga mahu kahwin dan keluar dari rumah milik keluarga.

Aku sangat bertegas di dalam hal ini sebab adik beradik aku ramai, aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan aku. Mak aku memang tegas kalau anak-anak sudah berkahwin, sila pindah keluar supaya dapat memberikan ruang kepada adik-adik lain. Aku faham maksud mak aku yang bukanlah niat dia untuk menghalau. Tetapi mahu kita suami isteri ada tanggungjawab.

Jadi suami aku, dua bulan sebelum majlis kahwin sudah bayar deposit rumah sewa siap-siap. Pindahkan sikit-sikit barang-barang aku dari rumah ibu bapa aku, yang tinggal di sana hanya sedikit baju untuk aku pakai nanti.

Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua, bapa dia cakap dengan aku tidak payah membazir menyewa, duduk saja di rumah dia, ada banyak bilik kosong. Memanglah banyak bilik kosong sebab abang dan kakak dia sudah berkahwin dan tinggal di negeri yang berbeza. Dua lagi adik dia kini berada di asrama. Jadi yang tinggal di rumah itu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum saja, tetapi dengan suami aku cakap terus terang yang aku tidak mahu tinggal di rumah mentua selepas berkahwin nanti. Sebab apa, nanti bila masa cuti sekolah ke, sah-sah rumah itu jadi penuh dengan yang sudah berkahwin itu pun balik untuk menjenguk mak dia. Habis kau rasa, kau boleh selesa ke? Terus terang kalau kena menetap di rumah mentua selepas berkahwin, baik tidak payah berkahwin dulu.

Baik tinggal di rumah ibu bapa aku saja, lebih selesa. Tolong jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri ya?

Suami aku pun gaji pokok dia hanya tiga angka semasa berkahwin. Maka selepas bertunang, kami tidak selepas keluar. 3 bulan seklai baru berjumpa. Dia pulut OT banyak-banyak sebab tahu mahu ambil anak orang. Pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tidak minta rumah itu mesti tersedia semua. Awal-awal kahwin mesin basuh pun tidak ada.

Maka, menyentallah aku basuh baju dengan tangan. Tapi tidak mengapa, asalkan bukan serumah dengan mentua. Jangan salah faham ye, bukan aku tidak suka dengan keluarga mentua aku. Aku rapat saja dengan mak mentua dan ipar duai semua dan disebabkan mahu menjaga hubungan yang rapat itulah aku tidak mahu tinggal sebumbung dengan mereka sebab cara kita dibesarkan memang tidak serupa. Sudah kalau kau membesar seperti angsa yang serba cantik serba sempurna, lepas itu kau masuk dalam keluarga jenis seperti ayam yang berak merata, mahu atau tidak, kau haruslah jadi ayam sama. Inilah yang terjadi pada Liza tu.

Jadi, ada hikmahlah jugak si Liza itu tidak ada anak. Sebab apa? Kalau setakat hidup berdua pun sudah tidak mampu untuk sediakan rumah, nanti kalau sudah ada 3 raong anak pun, belum tentu tinggal di rumah sendiri. Maka, setiap malamlah tinggal berhimpit-himpit 5 beranak di dalam bilik yang sama. Di situlah baju kau, baju anak-anak kau, tidak rimas ke?

Melainkan kalau rumah rumah mentua kau sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah. Rumah besar, banyak tingkat. Ini tidak tidak, sudah tahu jumlah bilik ada berapa pun ada hati mahu menyempit lagi di dalaam rumah itu, Itu bukan kata susah senang bersama, tetapi sengaji mencari penyakit.

Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang menderita hidup serumah dengan mentua sebab bagi aku, kau yang pilih jalan itu pada awalnya, jadi buat apa mahu mengeluh? Buat apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah kau dan suami yang bimbang untuk bina keluarga di dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya.

Kononnya mahu tinggal di rumah keluarga sementara. Tetapi sementara itu sampai bila? Tunggu apa? Hujan emas dari langitkah? Akhirnya, kau yang mereput di rumah itu meratapi nasib sedangkan kau sendiri yang menempah maut?

Aku ada saja kawan yang senasib dengan Liza ini. Orang jauh pantai timur. Teman lelaki orang Selangor. Puas aku nasihatkan tetapi mahu juga berkahwin juga dan lepas itu tinggal sebumbung dengan mentua. Ha sekarang sudah 5 tahun kurus kering dibuatnya. Hidup semakin makan hati. Makan tengahari jangan cakaplah. Hari-hari bawa bekal. Kadang-kadang nasi goreng dengan telur saja. Kadang-kadang, sayur kubis semata-mata.

Dari raut wajah dia pun aku boleh tahu yang kehidupan dia tidak segembira sewaktu bujang dahulu semasa masih tinggal menyewa dengan rakan-rakan yang lebih gembira. Paling aku kasihankan kita ini ada mak, kadang-kadang bila mak itu teringin untuk berjalan dan menjenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang ke rumah anak, tetapi ke rumah besan dia.

Sekian nasihat daripada aku, akak yang sudah 11 tahun hidup berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama