Hilang Sampai RM3,000! Ramai Kecoh Duit Dalam BSN Lesap!

Hal berkaitan dengan duit ni jangan buat main. Mungkin kata orang duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit tau! Kalau takde duit, nak bagi anak bini makan apa?

Sebab tu lah ramai kecoh dan geram sangat bila Bank Simpanan Nasional (BSN) katanya lesapkan duit pelanggan di dalam akaun mereka sehingga mencecah ribuan ringgit! Isu yang viral di Facebook ni mula jadi perbincangan netizen bila ramai mengaku duit dorang hilang secara tiba-tiba semenjak 31 Ogos lepas.

Kalau takat hilang RM10 ke RM20 tu takpelah jugak. Tapi ada yang hilang sampai RM1,000 ke RM3,000+. Lagi sakit bila duit ni adalah duit gaji yang baru dorang dapat. Adoi kalau ada tanggungan anak bini mesti sakit kan. Nak bagi keluarga makan apa? Pasir?

Antara masalah lain dihadapi pelanggan BSN ialah dorang tak boleh view balancedalam akaun dan transaksi dari bank lain tak berjaya. Malah ada yang agak ni disebabkan masalah teknikal dan maintenance yang sedang dijalankan pihak bank tersebut. Siapa yang tak terkejut kan tetiba bank account jadi RM0.00?

Macam mana pun, BSN Malaysia melalui Facebook ada buat permohonan maaf atas masalah yang dihadapi. Bagi mereka yang ada masalah duit hilang dan lain-lain, boleh je ke bank BSN sekarang.

Rata-rata netizen masih lagi tak puas hati dan anggap BSN lepas tangan tentang isu sebab tak ada sesiapapun dari pihak bank jawab call hotline atau respon apa-apa mengenai masalah ni. Lagi sedih duit yang hilang tu kebanyakan duit pesara sebab warga emas paling banyak guna BSN ni.

Sehingga setakat ni, BSN masih belum keluar sebarang kenyataan berkenaan duit yang hilang dari akaun bank pelanggan.

Semoga BSN settlekan lah isu ni secepat mungkin. Kesian dorang yang sesak nak guna duit tu. Ada banyak tanggungan yang kena selesaikan.