Lelaki Ini Kongsi Tips Raih Pendapatan Cecah RM10k Dengan Shopee.. Ini Caranya!

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar hari ini, ramai orang mengambil peluang melakukan dua kerja dalam satu masa. Tambahan pula dengan adanya kemajuan teknologi, individu boleh menambah pendapatan hanya dari rumah.

Seperti perkongsian lelaki ini, dia menjana hampir RM10k sebulan hanya menggunakan aplikasi Shopee. Wow! Macam mana nak buat tu?

Jana kira-kira hampir RM10k sebulan

 

 

Ramai jugak yang PM aku tanya pasal Shopee. Aku buat apa sekarang. Macam mana nak niaga dekat shopee. Sekarang ni aku 100% kerja dekat rumah. Duduk rumah besarkan badan. Aku pun baru je berjinak-jinak dengan Shopee ni dan alhamdulillah hasil nya.

So lemme share untuk yang baru-baru nak berjinak dengan shopee. Nak buat part time ke. Nak buat majukan lagi bisnes ke.. Shopee 100% FREE

Guna aplikasi Shopee je!

Download aplikasi Shopee di Google Play atau Apps Store

Masukkan produk yang nak dijual

Isi semua detail dalam ni. Termasuk berat item nak jual

Step 1: Kena ada shopee app. Register.

Step 2: Wajib update alamat dan acc number dalam shopee. Ni penting.

Step 3: Apply “free shipping program” ni sangat-sangatlah penting. Sebab buyer, mereka nak postage free. Untuk apa nak postage berbayar kalau boleh dapat free.

Step 4: Uploadlah barang-barang jualan dan gunakan ayat-ayat menarik minat pembeli. Kalau boleh.. Letak # sebanyak mungkin untuk tarik lebih pembeli. Timbang siap-siap berat item nk jual masukkan dalam product detail siap-siap.

Cara nak POS:

-Print waybill (consigment note)

-Gunting waybill jadi 4 helai, satu simpan

-Lagi 3 selit dalam pocket parcel

-Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel

-Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup

-DONE

Tawar free shipping tarik pelanggan

 

Borang PL9 boleh ambik dekat pejabat pos. Setiap kali pos. Tak perlu bayar apa-apa. Semua shopee dah uruskan. Sebab tu kena apply free shipping program. Senangkan

Rasanya aku dah jawab 80% soalan yang tnya aku ni. Nanti kalau ada masa aku cuba ulas macam mana nak buat dropship. Aku pun tengah belajar lagi.

Additional cara nak apply FREE SHIPPING boleh tengok step-step dekat gambar. Tq

Bagaimana?

Tekan step 5 ni. Dan kena register dekat situ. Ambik masa 14 hari untuk Shopee approve. So dalam masa 14 hari. Postage masih belum bertukar free lagi.

Boost untuk dapatkan lebih view, free je!

Ni contoh ayat aku guna untuk tarik pelanggan. Fungsi button boost ni untuk meningkatkan lagi view orang pada product kita. Boleh boost 5 item dalam setiap 4 jam. Percuma.. So rajin-rajin lah tekan boost ni yee..

Sumber : Mohamad Farhan