Jangan Letakkan Telefon Dekat Dengan Kepala Anak Jika Tak Nak Menyesal Di Kemudian Hari

Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan.

Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya.

Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini. Semoga informasi dari Puan Nana Farhanah ini bermanfaat.

PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil.

Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon pintar diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala anak-anak kecil?

Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang terutamanya bayi berusia enam bulan ke bawah.

Antara risiko lain:

* Kanser

* Tumor otak

* Parkinson

* Alzheimer

* Sakit kepala atau migrain

* Sakit mata atau rabun

Risiko-risiko ini bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada golongan dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan anda telah melakukan dua perkara ini:

Dah selesaikan semua urusan berkaitan dengan telefon bimbit.
Matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari tempat tidur.

Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya kongsikan lagi maklumat mengenainya.

Apa Nak Buat Kalau Anak Suka Main Handphone? Kena Baca Perkongsian Prof Dr Muhaya Ini

Mesti ramai ibu ayah pening fikirkan apa nak buat kalau anak suka main handphone kan? Memang trend kanak-kanak sekarang sentiasa memegang handphone ke mana-mana sahaja mereka pergi.

Prof Dr Muhaya sendiri berkongsi pengalamannya yang kerap berhadapan dengan situasi anak-anak kecil bawah 6 tahun sering memegang handphone atau lain-lain gajet setiap kali mengikut ibu ayah ke kliniknya.

Beliau mengingatkan ibu ayah tentang kesan bahayanya jika anak-anak kecil kerap bermain handphone. Sebagai pakar mata, katanya anak yang selalu melihat handphone dalam jarak dekat akan senang mendapat masalah rabun mata.

Selain itu kajian saintifik yang dibuat juga mendapati kanak-kanak ini kurang fungsi kognitif kerana sudah menerima rangsangan berlebihan daripada teknologi handphone. Jadi bila sudah bersekolah, mereka jadi bosan dengan apa yang diajar oleh cikgu kerana lebih memikirkan keseronokan bermain handphone.

Kongsinya lagi, bila kita nak suruh anak-anak jadi baik dan pandai, panggil mereka dengan gelaran yang disukai. Contohnya panggil doktor, ustaz atau profesor diikuti nama mereka.

“Jadinya kita sudah tanamkan positive self image pada diri anak. Mereka akan jadi seronok, ceria dan nampak kesan positif dia sangat suka,” ujarnya yang melakukan hal tersebut pada kanak-kanak lelaki yang asyik dengan handphone semasa datang ke kliniknya.

“Macam mana anak kita lebih suka pada handphone berbanding ibu ayah sedangkan ibu ayah adalah segala-galanya bagi anak kecil? Ini menunjukkan bila kanak-kanak pergi pada handphone/game maknanya dia tak dapat perhatian dari ibu ayahnya.”

APA IBU AYAH PATUT BUAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI?

Cuba jadikan amalan beli buku-buku nota kecil dan siapkan dengan pen atau sesuatu yang boleh digunakan untuk anak menulis. Tulisan yang dihasilkan oleh anak membantu membina minda dia. Ia boleh jadi aktiviti di mana-mana sahaja bagi mengelakkan anak rasa bosan.

Bagi pen dan buku, suruh dia lukis atau tulis apa-apa sahaja untuk luahkan apa sahaja. Jadikan tabiat menulis dan melakar sesuatu di buku sebagai aktiviti anak. Ia boleh menjadikan mereka bijak dan kreatif. Tak perlu beli yang mahal. Ibu ayah boleh beli pelbagai buku-buku nota di kedai barangan murah.

Sediakan drawing block dan warna air di rumah untuk anak melukis dan mewarna apa sahaja yang dia suka. Aktiviti expression ini sangat penting untuk merangsang minda anak.

KENAPA ANAK KECIL SELALU OBSES DENGAN SESUATU WATAK KARTUN YANG DITONTON DI GAJET?

Prof Dr Muhaya mengingatkan ibu ayah supaya sentiasa berdoa dan jadikan diri lebih menarik daripada apa yang anak suka tengok di gajet.

“Sebab kita ni kadangkala terlalu banyak marah dan suruh anak macam-macam tapi kasih sayang dan perhatian tak bagi. Pujian langsung tak ada, asyik marah, suruh, marah, suruh.

Kasih sayang tak ada!”
Nak bagi anak lembut hati kita kena lembut hati dulu. Banyakkan baca al-fatihah dan sedekah pada anak dan banyakkan berdoa pada Allah. Masa nak tidur cakap benda-benda baik pada anak.

Anak-anak umur 0 – 7 tahun mesti diberi kasih sayang tanpa sempadan.

Anak-anak umur 7 – 14 kena ajar adab dan disiplinkan dia.

Anak-anak umur 14 – 21 ibu ayah kena jadi rapat dan kawan dengan anak.

Anak-anak yang terima banyak kasih sayang dari ibu ayah tak akan mencari kashi sayang dari orang lain. Hargai dan curahkan kasih sayang tanpa sempadan pada anak-anak.

Ibu ayah selalu sibuk dengan kerja dan membina kesenangan hidup tapi kadangkala terlupa beri perhatian dan kasih sayang yang cukup pada anak.

Anak ada zaman kanak-kanak yang akan berlalu pergi. Jika ibu ayah terlepas masa anak usia 0 – 7 tahun yang sepatutnya dicurahkan kasih sayang tanpa sempadan maka macam mana nak ajar mereka adab dan disiplin bila mereka tidak disayangi?

Lepas itu bila kita tak ajar adab dan disiplin masa umur 7 – 14 tahun macam mana nak jadi kawan dengan anak bila umur 14 – 21 tahun?

PELABURAN MASA, DUIT DAN DOA UNTUK ANAK-ANAK

Beliau berpesan supaya ibu ayah banyak melabur kasih sayang, masa, penghargaan dan respek. Jadikan anak rasa disayangi, dihargai, rasa penting, difahami kerana manusia itu sentiasa perlukan penghargaan dalam hidup.

“Kalau kita bina anak untuk mencapai kejayaan di dunia tapi agamanya tak kuat, adab tak ajar, al-quran tak baca, solat tak buat, tidak tutup aurat, agak-agak macam mana anak kita?

Ibu ayah kena semak dulu diri sendiri. Kalau anak degil adakah kita juga degil dan tak patuh pada hukum dan perintah Allah?”

Sentiasa jadikan kasih sayang tanpa syarat, penghormatan, belas kasihan, sikap prihatin sebagai cara hidup. Jangan cuba jadi terlalu pandai tapi jadilah orang yan baik.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama

Sumber: Prof Dr Muhaya/ Puan Nana Farhanah