Cara Tayar Korek Dibuat Dan Kesan Pengunaanya Yang Ramai Tidak Tahu

Tayar adalah antara komponen paling penting dalam sebuah kenderaan. Tayar yang digunakan haruslah tayar yang berkualiti dan mempunyai bunga yang cukup. Dengan keadaan cuaca dalam Malaysia yang selalu hujan kita perlukan tayar yang betul betul boleh menjamin keselamatan kita.

Kenapa Tayar Korek Masih Dijual?
Ada sesetengah pengguna sedar bahawa tayar yang dibeli adalah tayar korek @ toreh. Tayar korek ini adalah tayar yang telah kehabisan bunga. Tanpa bunga yang mencukupi cengkaman tayar tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya. Tayar korek ini juga bahaya kerana tayar sudah menipis dan risiko untuk tayar meletop amat tinggi.

Pengguna membeli tayar korek ini sebab ianya dijual dengan harga murah. Anda kena paham tayar korek dan tayar second hand adalah berbeza. Tayar second hand adalah tayar yang masih mempunyai bunga dan tidak dikorek cuma jangka hayat tayar tersebut tidaklah panjang tetapi tayar korek selalunya tayar yang tidak boleh digunakan langsung dan bahaya untuk pengguna jalan raya.

Tayar Celup melibatkan proses pembuatan yang baru dan diiktiraf oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selepas itu tayar tersebut boleh dicelup semula oleh industri celup tayar sebanyak dua kali. Pembuat tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar ini dan memilih tayar-tayar yang selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikitar semula. Pekilang akan menambah kompaun atau lapisan yang baru sebelum ditoreh semula.

Tayar celup selamat digunakan kerana terdapat piawaian dan spesifikasi teknikal yang menepati industri pembuatan tayar celup dan kawalan terhadap pencelupan tayar juga adalah sangat ketat. Tayar celup diiktiraf oleh pelbagai negara seperti New Zealand, Australia dan Taiwan turut menempah tayar celup yang dihasilkan di Malaysia.

Tayar Toreh, tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh ‘industri belakang rumah’ secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan.

Tayar toreh berbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang menggunakan tayar jenis itu, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Bunga tayar toreh kurang memuaskan.Cengkaman semasa di jalan raya kurang dan mudah menyebabkan kenderaan hilang kawalan terutama dalam cuaca buruk seperti hujan.

So, yang lebih baik guna Tayar Celup daripada guna Tayar Toreh.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama