Main kutu adalah satu kesalahan – JSJK

KUALA LUMPUR: Main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.

“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.

“Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.

Akhbar NSTP sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ibu kutu terutama membabitkan pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.

Pada 3 Jun lalu, sembilan wanita di Segamat, Johor, dilaporkan kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.

Mangsa yang sebahagian besar adalah suri rumah, mendakwa melabur RM200 hingga RM4,500 bagi mendapatkan pulangan berkali ganda seperti dijanjikan ibu kutu yang juga seorang wanita.

Selain itu, Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu.

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

“Saya berhutang kepada awak semua”

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

“Saya bayar hutang awak”

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

“Saya terima hutang awak semua kpd saya”

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua’lam

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama