Selalu Tengking Anak ? Doktor Taufiz Razif Bagitau “sesuatu” Akan Menjelma Jika Berpanjangan

Pernah tengking atau jerkah anak bila buat salah. Ada “sesuatu” akan menjelma jika anak selalu kena marah dengan ibu bapa. Allahu. Ikuti perkongsian FB Taufiq Razif. Baca dan kongsikan.

GERAM BILA ANAK BUAT PERANGAI

Geramnya hati saya tadi. Boleh pulak si Maryam Soolihah ni sengaja pijak kopiah yang saya selalu bawa pergi solat!

Dah la pijak dengan selipar dia yang baru je pijak pasir yang mungkin ada najis kucing!

Ikut emosi dan hati memang geram nak jerkah tapi bila ingat balik bahaya jerkah ni saya sabarkan je lah hati ni.

“SESUATU” AKAN MUNCUL

Kenapa bahaya jerkah and tengking ni?

Jerkah dan jerit ni boleh buatkan ‘otak reptilia’ anak saya akan jadi dominan! Sekali dua tengking mungkin ok lagi tapi kalau selalu ditengking dan dijerkah ‘otak reptilia’ yang berfungsi untuk ‘survivor’ si anak bila dalam situasi terancam akan muncul dan menjadi dominan!

Bila ‘otak reptilia’ tu dah dominan, anak kita akan jadi perenggus, pemarah dan silap haribulan boleh jadi ganas dan tak terkawal.

Tu la kenapa ramai sangat yang bagitahu saya anaknya jadi makin ganas dan sukar dikawal bila si anak tu selalu dijerkah dan ditengking.

SOLUSI

Jadi, tolong mak ayah semua, segeram mana pun kita tolong la jangan jerkah dan tengking anak kita. Naikkan suara dan tunjuk mimik muka marah je kalau dah marah sangat tapi jangan sampai jerkah ye.

Ingat, otak dan emosi anak tu amanah buat kita. Sekali dah rosak keduanya, nak menyesal pun dah tak guna.

Menghukum Anak Bukan Cara Terbaik Untuk Mendidik. Doktor Ini Kongsi Teknik Keibubapaan Positif Untuk Perangai Anak Lebih Elok

Ibu bapa perlu ada ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan lebih berkesan. Menghukum anak yang melakukan kesalahan bukanlah cara terbaik untuk mendidik. Sebaliknya ibu bapa disaran mengamalkan teknik keibubapaan positif (positive parenting).

Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif memberikan 3 teknik keibubapaan positif melalui perkongsian di grup Telegramnya. Teknik keibubapaan positif ini boleh membantu menbuatkan perangai anak lebih cepat elok dibandingkan teknik disiplin yang menghukum.

3 Teknik Positive Parenting

1) Membuat arahan dalam bentuk jenaka & permainan.

Contohnya nak anak buang sampah, kita guna je ayat ni ” Adik..tolong Mama. Tong sampah ni raksasa. Cepat suap sampah ni kat mulut dia.”

2) Sebelum marah, masuk dulu ke dalam fikiran anak.

Kalau kita jadi anak kita, apa agak agak yang kita rasa? Teknik ni akan menyuburkan sifat EMPATI & MEMAHAMI

3) Kuasai Art Of Distractions

Kita kena tahu benda yang boleh alih perhatian anak. Contoh anak tengah bergaduh. Cuba sesekali tu kita alihkan perhatian mereka daripada kita asyik marah dan hukum mereka.

Jom sebarkan ilmu mahal ni pada pasangan masing masing.

Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama