Filem Munafik 2 Tarik Perhatian Peminat Bukan Muslim

Jika anda peminat cerita seram, pastikan anda menonton cerita Munafik 2!

Baru dilancarkan Khamis lepas, filem bergenre seram Islamik ini berjaya meraih RM5.65 juta dalam tempoh dua hari selepas ditayangkan kepada umum. Pertama kali dalam sejarah perfileman Melayu!

Filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara ini turut menarik perhatian penonton bukan beragama Islam atau Muslim.

Filem ini 10/10, tak sangka jalan ceritanya macam tu!

Gadis ini yang dikenali sebagai Amy turut tidak melepaskan peluang menonton filem berkenaan baru-baru ini.

“Ulasan jujur dari seorang bukan Muslim, filem ini sangat bagus (10/10) saya tak sangka jalan ceritanya macam tu, keseronokan, keseraman (filem) ianya 100 peratus.”

“Rakan-rakan Muslimku, hanya ada satu cara untuk setiap perkara, Allah.”

Munafik 2 lebih hebat daripada filem Munafik!

Munafik 2 adalah kesinambungan cerita dengan tajuk yang sama, Munafik selepas kematian isteri dan anak Ustaz Adam.

Ia menampilkan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi serta pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof.

Plot twist Munafik 2 juga dikatakan lebih menarik berbanding filem Munafik yang pertama!

Ia membawa penonton mendalami dan lebih mengenali ajaran Islam menerusi pengenalan beberapa watak serta karakter ditampilkan.

Antaranya kepayahan karakter seorang pendakwah yang mengambil tanggungjawab untuk membimbing keluarga dan masyarakat yang semakin lemah imannya untuk menolak ajaran sesat secara berani.

Sarat dengan mesej keagamaan dan sinematografi serta jalan cerita yang baik, para penonton pasti tidak mahu terlepas menyaksikan filem ini.

Apa pandangan rakyat Malaysia tentang Munafik 2?

Ada yang berpendapat filem ini best dan menginsafkan.  Tak kurang juga ada yang anggap cerita ni terlalu confusing atau tak logik.

Tapi sekiranya cerita ini mampu membuatkan kita menjadi lebih baik dan dapat sedarkan kita betapa kecilnya kita sebagai hamba Allah swt, hebatlah maknanya karya Syamsul ni.