Suka Makan Ramen? Baca Peringatan Penting Ni!

Tak dinafikan orang kat Malaysia ni suka makan makanan yang pedas-pedas. Sebab tu lah makanan dari Korea atau Jepun seperti spicy ramen ni famous gila kat sini. Siap join lagi buat Ramen Challenge.

Tapi makan terlalu banyak spicy ramen ni pun ada akibat buruknya. Melalui perkongsian di Facebook, netizen ni cerita pengalaman buruk isterinya gara-gara terlebih makan mi segera yang super pedas ni!

“Abang nak ingatkan semua, isteri abang makan benda ni tiap-tiap minggu dalam masa sebulan usus perut jadi luka. Ingat tak waktu semua orang kat Malaysia gila-gila buat Ramen Challenge ni? 

“Isteri makan habis sebekas. Tiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air!” katanya. Fuh power isteri abang ni!

Namun di sebalik kehebatan makan pedas, last-last isteri abang ni kena admitmasuk hospital dan kena kos RM10,000 (semalam) untuk masukkan kamera dalam perut serta cari punca kenapa sakit sangat bahagian abdomennya tu.

“Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka tu. Doktor cakap kecil sangat tapi azabnya, Allah saja yang tahu. Luka di bahagian usus amat bahaya kerana kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh lukanya. 

“Punca kesakitan yang tak tertanggung tu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ni,” katanya lagi.

Antara tanda-tanda perut korang luka: 

1. Rasa susah nak sendawa

2. Rasa angin dalam perut

3. Lama-lama perut akan rasa sakit macam kena cucuk kat hulu hati.

Take note lah ye bagi penggemar spicy ramen. Kalau perut korang tahan, then tak ada masalah lah sebab lain orang, lain penerimaan badan dorang. Apa-apapun kalau nak makan sesuatu, berpada-padalah.

Duit boleh cari, kesihatan tak ada ganti!

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama