Resepi Kuih Koci Dengan Tips Penuh Untuk Kuih Yang Sangat Sedap

Kali ni kami akan beri resepi kuih koci istimewa beserta tips untuk anda.Memang sangat sedap dengan inti  kelapanya cukup rasa ditambah lagi bersalut dalam santan pekatnya. Aduh memang sangat menggiurkan.

Kuih koci ini dohnya ble dipelbagaikan.Aada kuih koci labu yang doh luar dibuat daripada buah labu kuning dan juga kuih koci pulut hitam yang doh luar daripada tepung beras pulut dan juga tepung beras pulut hitam.

Resepi kuih koci ini istimewa hasil daripada Puan Diena Anilda yang menjual kuih ini dan ramai yang telah mengambil tempahan daripadanya.Lokasinya di Hulu Langat,Selangor.Jika anda mahu menempah untuk majlis perkahwina,boleh berhubung dengan beliau.

Beliau juga meminta sahabat mendoakan emaknya supaya sentiasa sihat dan berada di dlm lindungan Allah iaitu Puan Jaziah Bte Sahya Jie.

Sebelum anda teruja, jom tengok tips membuat kuih koci yang penting untuk anda ikuti supaya dapat hasil yang terbaik.

1. Kacau doh kuih koci yang dah dimasak dalam santan menggunakan senduk kayu untuk elak doh senang pecah.

2. Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air.Sebabnya bila doh dah masak kene terus masukkan dalam santan bagi elakkan kuih koci melekat sebelum dibalut dengan daun pisang.

3. Setelah inti siap dimasakkan.Sejukkan sebentar dan masukkan dalam freeze pada bahagian atas.Setelah agak2 sejuk n beku.Keluarkan dan bulatkan inti.Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tak melekit dan kerja menjadi cepat.

4. Untuk dapatkan saiz kuih yg sama besar, timbang inti 11 gram dan doh 21 gram setiap satu.Leceh tp berbaloi.

Cara bungkus kuih koci pula menggunakan daun pisang yang telah dilayur di atas api.Potong melengkung pada bahagian tepi kiri kanan dan barulah dibungkus seperti membungkus nasi lemak.

Bahan Resepi Kuih Koci : 

Bahan yang telah masak tak perlu dikukus ya.

Bahan Inti Kuih Koci :

Kuantiti untuk 200-230 biji.Sesuaikan bahan untuk yang buat sedikit.

* 1500 gram isi kelapa ambil bahagian putih sahaja (Lebih kurang 4 biji kelapa)

* 370 gram gula merah

* 1 kilogram gula pasir

* 6 cawan air

* 6 helai daun pandan’

* 6-7 sudu makan tepung gandum

* 2 sudu kecil garam

Ini baru betul resepi best.Penuh dengan tips supaya resepi kuih koci jadi sangat sedap.Lepasni boleh la anda buat kuih koci labu dengan berjaya dan sedap.

Cara Penyediaan Inti Resepi Kuih Koci :

#1: Masak gula merah dengan air sehingga larut.Tapis guna tapis kain.Masak semula gula merah yg dah ditapis dengan gula pasir,garam,daun pandan sehingga gula pasir larut.

#2: Masukkan Kelapa.Kacau sehingga kering.Bila tolak sedikit inti dgn senduk,kelihatan berbuih2 didasar kuali,maksudnya inti dah nak kering,boleh masukkan Tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.Tutup api.Siap

Bahan Doh Kuih Koci Pulut Hitam :

Kuantiti untuk 50-59 biji

* 500 gram tepung pulut

* 2-3 sudu makan tepung pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar+ayak)

* Santan cair atau Air untuk menguli

Bahan Doh Kuih Koci Labu :

Kuantiti untuk 50-59 biji

* 500 gram tepung pulut

* 500 gram labu  kuning (direbus+dilecek)

* Santan cair atau Air untuk menguli

Ini baru betul resepi best.Penuh dengan tips supaya resepi kuih koci jadi sangat sedap.Lepasni boleh la anda buat kuih koci labu dengan berjaya dan sedap.

Cara Buat Doh Resepi Kuih Koci :

#1: Masukkan air atau santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.Ambil inti dan masukkan dlm doh.Bulatkan dan timbang jika mahu cantik.Gris loyang dgn sedkit minyak.

#2: Didihkan air panas.Setelah mendidih masukkan doh. Kalau dah timbul,angkat doh dan terus gaul dlm dadih santan yg telah dimasak.Sebab itu kita sediakan dadih santan terlebih dahulu.Bungkus dgn daun pisang yg telah dilayur atas api.Siap.

Bahan Resepi Dadih Santan Untuk Kuih Koci :

* 1/2 atau 1 biji kelapa (Blend dgn 2liter air dan tapis)

* 10-15 sudu makan tepung beras

* 10-15 sudu makan tepung jagung

* 3 helai daun pandan

* Garam & Gula secukup rasa

Cara Penyediaan Dadih Santan :

#1: Kisar Kelapa+air.Tapis guna tapis kain.Masukkan tepung beras dan tepung jagung.Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.

#2: Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yang wangi.Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing2.

Ini baru betul resepi best.Penuh dengan tips supaya resepi kuih koci jadi sangat sedap.Lepasni boleh la anda buat kuih koci labu dengan berjaya dan sedap.

Tips : Dadih santan kene pandai seimbangkan supaya tidak cair dan pekat ya.Kalau cair bancuh tepung beras bersama air dan baru tambah masuk. Masak dadih santan sehingga mendidih bebuih supaya kuih koci lambat basi dan tahan lama.

Jadi mula-mula anda sediakan inti,lepastu timbang dan sejukkan.Buat dadih santan dan biarkan masak baru buat doh.Masukkan inti,rebuskan doh dan terus gaul dalam dadih santan sebelum dibalut dengan daun pisang.

Memang betul-betul sedap resepi kuih koci di atas ni.Selamat mencuba.