Fatin Dikecam Ramai, Tapi Sekarang Skater Pro Tony Hawk Nyatakan Sokongan Untuk Fatin Syahirah

Selepas dikecam hebat oleh netizen, Fatin telah memadam semua gambarnya di laman sosial Instagram kerana tidak tahan dengan kata-kata negatif yang membuatkan dirinya berasa sedih selepas kegagalan dalam beraksi di Sukan Asia Jakarta – Palembang minggu lalu.

Yela siapa je yang tahan dikecam kan? Korang kena ejek dekat sekolah pun esoknya menangis tak nak datang sekolah.

Walaupun dikecam Fatin masih membawa nama negara kita Malaysia dan dah tentu dia dah bertungkus lumus berlatih untuk temasya Sukan Asia ni. Lepas tu sesuka hati je netizen kecam dan pertikaikan pemilihan si Fatin ni!

Untuk bawa nama negara ni amat besar tanggungjawab, malah apa yang jadi dekat Fatin baru-baru ni, boleh menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia.

Netizen kecam tetapi bertubi-tubi sokongan diperoleh Fatin 

Adik Fatin juga telah mendapat perhatian dari Atlet Papan Selaju Dunia, Tony Hawk. Tony telah menjadi juara dunia dan menyertai kira-kira 103 pertandingan dan telah banyak memenangi pertandingan skate yang disertainya.

See! Come on rakyat Malaysia, Tony Hawk pun bagi kata-kata semangat dekat Fatin dan dia pun pernah menerima komen negatif tapi kalau dia ambil kisah dah tentu dia berhenti meluncur dan tak ada dimana tempat dia berada sekarang.

Fatin juga turut menerima sokongan dari penyanyi terkemuka negara, Yuna!

Yuna titipkan kata-kata pesanan tiada apa yang lebih membanggakan melihat gadis berumur 16 tahun mewakili Malaysia dalam sukan.

Kini Fatin telah mula memuat naik gambar semula dan berterima kasih kepada mereka yang memberi semangat kepadanya.

Yay! Jangan putus asa ye adik Fatin!

Dan korang, jangan tau nak kecam je! Spread positivity, not hate!