“Sepatutnya korang sokong, tutup aib dia” – Boy Iman Back Up DSV Isu Lavida Coin

Walaupun dah lama tak muncul di kaca TV, nama Datuk Seri Vida (DSV) tiba-tiba meletop hari tu dengan isu hadiah barang kemas palsu dan sekarang, kes Lavida Coin yang dah disenaraikan haram oleh Bank Negara Malaysia.

Disaat semua orang mengecam DSV sebab jalankan skim bitcoin yang haram, Boy Iman pula ada pandangan berbeza dan dia back up jutawan kosmetik ni di Instagram peribadinya.

“Jangan bercakap seolah-olah awak itu sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan-akan fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya. 

“Tegur ada caranya dalam Islam lebih-lebih lagi kita Melayu terkenal dengan adab dan budi bahasanya yang tinggi,” kata Boy Iman.

Tambahnya lagi, cukup-cukuplah jadi golongan Melayu yang tipikal dan sepatutnya kita support DSV serta tutup aibnya dengan bagi kata-kata semangat. Emm tapi nak sokong macam mana kalau apa yang dibuat tu salah?

“Ingat senang ke nak jadi macam beliau? Seorang usahawan Melayu yg berjaya. Cuba tengok, ada ke bangsa Cina macam anda? Bergosip, membawang, kecam, perli dan sebagainya. Mereka sokong bangsa mereka.

Mereka sayang pada orang yang berjaya serta jadikan mereka ini idola. Dari sudut bisnes DSV berjaya. Mungkin dari sudut peribadi adanya kekurangan… itu biasa,” katanya lagi. Ada betul jugak komen Boy ni.

Boy Iman sebenarnya dah kenal DSV semenjak tahun 2013 lagi semasa DSV jadi penaja utama program “Diva De Vida” di Astro Prima. Bagi yang tak tahu, Boy ni jugaklah yang uruskan perkahwinan kedua DSV dan dia jugak ada masa pengurusan kematian anak DSV yang meninggal akibat kebakaran dulu. Oh baru tahu… rapat jugak ye dorang.

Apa pendapat korang?