“Diorang bukan tak boleh jawab, tapi tak cukup masa..” – Sedihnya Murid Tak Sempat Jawab Soalan UPSR

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid Tahun 6 dah pun berakhir minggu lalu.

Ini boleh diibaratkan sebagai moment kemerdekaanlah untuk diorang. Kita semua pun pernah merasa juga.

Tapi ada juga cerita sedih dalam kegembiraan diorang tu. Dan kisah ini dikongsikan seorang guru, Mohd Fadhli Salleh di akaun Facebooknya.

Tidak lagi sanggup melihat murid keluar dewan dengan linangan air mata

UPSR ni cuma penanda aras untuk mengukur tahap kefahaman murid-murid sepanjang belajar di sekolah rendah.

Tapi, mana ada cikgu yang sanggup melihat anak muridnya keluar dewan dengan linangan air mata hanya sebab tak sempat menjawab kertas Matematik.

Sejam saja yang diberikan untuk anak-anak ni untuk menjawab kertas peperiksaan UPSR Matematik? Cukupkah?

Kalau admin pun mungkin menangis juga!


Guru pun ambik masa nak faham sebelum menerangkan kembali

Dengan silibus yang semakin canggih dan kemampuan berfikir kanak-kanak yang semakin cerdas, pembelajaran kat sekolah dilihat menjadi medan pertempuran untuk anak-anak ni semua.

Setiap keluarga pasti nakkan anak-anak mereka ditempatkan di sekolah yang terbaik bagi memudahkan masa depan mereka.

Tapi kalau dah macam ni keadaannya, mestilah timbul kerisauan dalam kalangan ibu bapa. Kalau anak-anak tercicir dalam pelajaran pun masalah juga.

Malah ada yang juga berkata, guru pun mengambil masa untuk fahamkan soalan sebelum menerangkan kembali kepada murid. Lebih-lebih lagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Mungkin pihak Kementerian Pendidikan dapat mengkaji dan menilai semula kenyataan dan pandangan-pandangan daripada ibu bapa dan guru ini. Sebab mereka lebih mengetahui keadaan anak-anak dan murid masing-masing.

Kalau kita boleh melahirkan generasi yang tak berasaskan kecemerlangan pendidikan semata-mata, siapa tahu yang mereka sebenarnya mungkin mempunyai kemahiran lain yang boleh diguna pakai untuk aspek lain pula.