Tukar rumah buruk jadi banglo buat ibu, Wak Doyok jadi buah mulut netizen

Mohd Azwan Md Noor atau lebih mesra dipanggil Wak Doyok mula dikenali ramai dalam industri hiburan semenjak ikon muda Malaysia itu berani tampil menempa nama dalam dunia seni dengan imej bermisai dan juga berjanggut tebal.

Semalam, beliau telah memuat naik sebuah video di Instagram tentang kegigihannya membina sebuah rumah banglo khas buat insan yang tersayang, ibunya yang kini berusia 76 tahun.

Video yang berdurasi 30 saat tersebut dimuat naik dengan kapsyen luahan rasa syukur usahawan muda ini terhadap impiannya untuk membalas segala jasa kedua orang tuanya telah pun tercapai.

Menerusi perkongsian tersebut, tanpa perasaan malu, Wak Doyok juga mengakui yang kehidupannya sebelum ini sememangnya susah dengan keadaan rumah yang retak seribu serta dihuni dengan anai-anai.

Segala cacian dan makian yang diterima sepanjang menempa nama dalam dunia seni juga dijadikan sebagai faktor penguat terhadap kejayaan yang beliau miliki hari ini.

“Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya menberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.

Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media.

Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.

Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu.

Betapa peritnya saya laluai liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anak nya berjaya.

Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya. Saya hanya menumpang sahaja.

Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih,bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tatapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayang gi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir.”

Posting di IG Wak Doyok

Alhamdulillah, respect kat you bro!

Video tersebut mendapat perhatian daripada pengikutnya dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan meluahkan perasaan kagum terhadap usaha jejaka berusia 38 tahun itu.

Tukar rumah buruk jadi banglo buat ibu, Wak Doyok jadi buah mulut netizen

Tolong doakan saya dapat jadi macam Wak!!

Tidak kurang pula, terdapat juga netizen yang menjadikan ikon fesyen tersebut sebagai inspirasi bagi mencapai impian untuk membahagiakan ibu bapa masing-masing.

Buat Wak Doyok, tahniah diucapkan kerana telah ikhlas bekerja keras semata-mata untuk membahagiakan ratu hatinya. Tidak dapat dinafikan, usaha dan semangat yang dimiliki oleh ikon fesyen tersebut patut dicontohi oleh semua anak muda masa kini.