Suami Gaji 13K Dpt Belikan Bapa BMW. Tapi Anak Isteri Makan Maggi Dan Telur Je.

Sampai masa aku tidak akan toleh ke belakang lagi. Bila aku minta belikan motor untuk kemudahan aku hantar anak2 ke sekolah. Kau buat bod0h. Aku kumpul aku beli. Bila aku kadang2 minta tolong kau bayarkan motor, kau suruh aku dan anak2 aku makan tayar motor dengan alasan kau tidak mahu tolong aku bayar motor itu walaupun kau pakai bersama.

Dulu aku kerja kau suruh aku berhenti kononnya anak2 nanti kurang kasih sayang. Tapi kau cuma bagi aku duit belanja 1000 sebulan untuk 4 orang anak bersekolah. Sedangkan gaji kau 13 ribu sebulan. Bila aku tanya mana pergi duit kau. Kau cakap aku tiada hak hendak tahu mana duit kau. Aku sabar sambil berendam airmata.

Aku minta tolong kau bayarkan kereta yang kita pakai bersama, kau cakap kereta itu nama aku. Aku kena bayar sendiri. Aku terpaksa kerja 5.30am – 12 malam sebab hendak bayar semuanya seorang diri. Kereta bmw yang bapa kau pakai . Kau boleh pula tolong bayarkan. Sampai 2 ribu sebulan. Bapa kau tidak bekerja. Masih kuat. Berlagak hendak pakai kereta mewah.

Bapa kau cakap aku tidak ada hak. Sebab bapa kau sudah sekolahkan kau dari kecil. Ok. Aku diam. Hari2 aku minta allah bagi aku rezeki untuk anak tanggung anak2. Sebulan gaji kau bagi pada keluarga kau sampai 5 ribu sebab hendak tanggung adik2 kau yang masih bersekolah. Tapi anak2? Aku kena fikirkan dan tanggung sendri?

Kau suruh aku beranak lagi. Kononnya teringin hendak ada anak kecil. Sedangkan anak 4 pun kau kata bingit. Rimas. Bila kau ada meeting kau tidak mahu bawa kami sebab malu. Aku selalu cakap. Sampai 1 masa aku tidak mahu toleh lagi. Aku ikhtiar cari kerja yang boleh tampung aku dan anak2. Ramai kawan2 bersimpati dan akhirnya atas bantuan kawan aku dapat gaji 4500 sebulan.

Dulu aku minta kau bayarkan bil telefon aku. Kau jawab apa?”jangan pakai telefon kalau tidak mampu”. Tup tup. Aku baca masej kau bayarkan bil bapa kau 200 sebulan. Astro pelbagai channel. Sedangkan kami pakai enjoy sahaja, kau kata jimat. Kau keluar pergi meeting makan di hotel mahal2. Sedangkan aku dan anak2 makan maggi dan telur sahaja di rumah. Aku didik anak2 aku hidup sederhana.

Kau cuba bayarkan 1000 sebulan. Aku hendak bayar kereta. Api, air, makan minum aku dan anak2, motor macam2 aku kena tanggung. Lepas kau tahu aku dapat kerja gaji besar. Kau sudah kurang makki hamuun aku. Kau mula layan aku baik2. Aku masih mendiamkan diri. Sampai masa. Aku pulangkan kau pada keluarga kau. Kau kenyangkanlah gaji dan duit2 kau untuk keluarga kau.

Aku mampu menyara anak2 aku seorang diri. Hati aku sudah lama menangis tapi aku tahan. Untuk sesuap nasi anak2 aku dan persekolahan anak2 aku. Aku pergi kerja dengan road tax kereta sudah 7 bulan tidak renew. Aku redha dan tawakal. Bila aku tidak ada duit hendak isi minyak.Aku bawa motor, selama 1 jam hendak ke tempat kerja. Tapi aku buat juga untuk dapatkan gaji sebesar itu. Kasihan pada kau.

Taatnya kau pada orang tua sampai kau lalai tanggungjawab kau pada keluarga. Kau biarkan bini kau pikul semua itu. Bayangkan kalau aku tidak halalkan setitik peluh aku untuk tolong engkau? Aku tidak akan redha. Aku tidak akan redha dengan apa kau buat pada aku dan anak2. Kau ingat itu.

Sampai satu masa, aku tidak akan toleh kebelakang lagi. Kau selalu cakap, perempuan kalau ada duit eg0 dan sombong. Kau tengok apa kau bagi pada anak bini kau. Kalau kau bagi baik, baik lah balasannya. Sampai satu masa aku tidak akan toleh ke belakang lagi. Kau ingat itu.