Suspek masih belum boleh dituduh, bapa berang anak didera sampai patah peha

Ingatkan dah diam sekejap isu penderaan dan kecuaian pengasuh masa jaga budak-budak, tapi tak sangka masih ada kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada pengasuh yang tidak bertanggungjawab ni!

Baru-baru ni, seorang lelaki kongsi kisah yang dialami anaknya apabila bayi berusia 3 bulan ni patah paha semasa tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas.

Menurut posting Facebook Muhsin Zaidi, dia sekarang tengah bengang gila sebab tak boleh dakwa pengasuh yang dituduh menyebabkan kaki anaknya patah. Haih macam mana tak boleh dakwa tu??

Anak aku, Hannah Khawlah patah peha 3 hari sebelum raya puasa hari tu

“Buat pengetahuan kalian, suspek masih belum tuduh” 

Tuan-tuan, anak aku ni patah paha. Bukan patah jari kelingking

Sapa tak hancur hati tengok anak kecik macam tu dah terseksa… belum sentuh pun dia menangis kuat gila

Hati ibu bapa mana yang tak sedih kan bila kaki anak dah menangis tak tahan sakit? Kalau orang dewasa pun boleh meraung sebab tahan sakit patah kaki, apatah lagi budak kecil!

“Kenapa ambil masa dari 7 pagi sampai 1.30 petang baru nak maklum anak aku menangis tak berhenti?” 

Tak dapat tuduh pengasuh sebab…

Kalau korang ada anak sekecil ni mesti geram gila kan tak dapat nak dakwa pengasuh yang buat anak korang jadi macam ni. Apa-apapun harap anak kecil ni dapatlah keadilan yang sewajarnya dan polis siasatlah kes ni dengan betul-betul.

Kesian.. kecil lagi tapi dah kena tahan sakit patah kaki.