Tips Mudah Bersihkan Karpet Guna Garam. Hasilnya? Macam Karpet Baru!

Apabila tiba hujung minggu, seisi keluarga pasti akan bergotong-royong membantu ibu membersihkan dan mengemas rumah. Namun apabila bercakap pasal karpet, pasti akan terkenangkan habuk yang melekat dan susah untuk membersihkannya.

Wanita ini berkongsi tips membersihkan karpet dengan hanya menggunakan mop sahaja menerusi Facebook miliknya. Mop karpet? Betul ke ni?

Dapat tips dari maid

TIP MOP KARPET (bukan lantai taw)

Sape yang pernah mop karpet? Kelakar kan mop karpet? Fana tau karpet boleh mop dari seorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia (karpet boleh mop ya?) iya boleh la puan kasi habuknya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman?)

So dari situ Fana belajar. Setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oi macam nak tercabut jantung kak Pana. Tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gila! Bebas kuman parasit bagai.

Cara-caranya

Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke whatever la, Fana masak dalam periuk besar pasal tak ada cerek, almaklum la kita pakai coway? Korang masak agak-agak banyaknya tu tenggelam mop cukuplah, lagi banyak lg bagus.

Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik ya air mendidih tu karang tak pasal korang saman Fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dlm 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi jel detol pulak ya.

Pastu korang perah mop tu kuat-kuat jangan sampai ada air menitik, ya jap jap jangan perah pakai tangan tau. Pastu korang menari menari zumbalah atas karpet tu dengan mop korang. Okay ada faham?

Mop sambil berzumba

P/s: Time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh-tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nya air mop korang??
*KALAU dapat belilah mop baru yang putih gebu khas untuk karpet sahaja, Fana beli dekat Eco je RM4. Kalau dapatlah kan jangan campur mop yang kita dok mop lantai ya.

Cuba kira berapa banyak’ PASTU’ Fana?

Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil