Tragedi 29 Sept. Gadis Dihempap Buai Kayu, Exco Terengganu Minta Pihak Berkuasa Tempatan Periksa & Pantau

Video seorang gadis ditimpa kayu ketika menaiki buaian di sebuah pantai di Terengganu semalam menjadi viral sehingga mendapat lebih 7k shares. Di dalam video tersebut, dia dilihat beberapa kali menghayun sebelum dihempap tiang kayu.

Berikutan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memeriksa kesemua buaian kayu yang diletakkan di kawasan pantai.

Viral di media sosial

Pihak berkuasa tempatan diminta periksa buaian kayu

Menerusi laporan Sinar Harian, Ariffin Deraman berkata demi keselamatan pengguna pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memeriksa kesemua buaian kayu yang diletakkan di kawasan pantai.

Kita akan minta PBT periksa dan pantau supaya kesemua kemudahan itu terjamin dan selamat digunakan oleh orang ramai terutama kanak-kanak.

Kita harap kejadian ini dipandang serius semua pihak dan pemantauan berterusan dilakukan supaya kejadian sama tidak berulang.

Mengenai video yang viral di media sosial pula, beliau dimaklumkan mangsa tidak cedera dan memberitahu sebenarnya buaian dikhaskan untuk kanak-kanak dibawah pengawasan orang dewasa.

Memang video itu tulen dan pengguna berkongsi kejadian yang dirakam secara tidak sengaja dengan sebahagian tiang buaian itu dilihat menimpa kepalanya. Sebenarnya, buaian ini dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah pengawasan dewasa.

Bagi dewasa yang lebih-lebih lagi mempunyai berat badan yang tinggi tidak disarankan untuk menggunakan buaian ini. Jadi, selepas ini, kita juga akan letakkan papan tanda had usia pada buaian itu supaya semua sentiasa berwaspada.

Di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original), seorang pengguna telah memuatnaik video menunjukkan buaian lama telah diroboh demi tujuan keselamatan.