“Lelaki macam ni kita nak!” – Bro Ni Buat 4 Kerja Berbeza Setiap Hari Demi Memperisterikan Kekasih Hati

Biasa lah dengan ekonomi sekarang ni, anak muda makin struggle nak kumpul duit untuk sebab-sebab tertentu. Especially, kumpul duit untuk kahwin dengan pasangan pilihan.

Kebanyakan anak muda sekarang akan buat 2 pekerjaan berbeza untuk dapatkan duit lebih. Tapi, seorang lelaki ni dapat perhatian ramai dekat Twitter sebab buat lebih dari 2 kerja!

Tweet lelaki dipanggil Amin ni viral sampai dapat lebih 17,000 retweets. Ramai tak henti puji sebab dia buat 4 kerja demi untuk kumpul duit kahwin!

“Pagi-petang saya buat Food Panda (jadi rider), petang-malam saya buat repair iPhone dan pada masa sama saya meniaga pasar malam jual air koko, then tolong family berniaga baju dekat Jalan TAR.”

Guna nama Pakcik Gadget as bisnes gajet dia tu, ramai duk tanya dia pasal barangan elektronik termasuklah bateri telefon, motherboard, screen protector dan macam-macam lagi lah.
Ada juga yang share tentang servis daripada Amin. Katanya sangat berpuas hati sebab cepat respon dengan customer.

“Fast respond via Whatsapp, friendly, tiba-tiba (barang) dah sampai. 10/10, akan berurusan dengan awak lagi bro. All the best for your wedding.”

Tapi kegigihan Amin buat 4 kerja yang berbeza tu buka mata netizen dan dapat perhatian ramai dek kerana banyak sangat isu curang dan sebagainya sekarang ni kan.

“Mamat ni sanggup buat 4 pekerjaan berbeza dalam sehari untuk kumpul duit kahwin. Lelaki macam ini yang kita nak. Bukan macam lelaki yang gatal nak kahwin tapi harapkan duit mak bapak sponsor. Semoga rezeki mamat ni luas.”

“Untung bakal isteri dia…”

Lagi buat ramai orang salute is because dia punya usaha kumpulkan duit sendiri untuk sunting anak dara orang, instead of minta tolong parents.

“So hardworking, moga dipermudahkan Allah.”

“Saya hanya mampu mendoakan sedara sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan olehNya.”

“Aku doakan agar usaha kau diberkati dan diterima sebagai amal. InsyaAllah majlis kahwin tu perkara mudah.

Bagusnya dia! So hardworking, untung bakal isteri dapat lelaki rajin macam ni. All the best!