Ini Cara Juara UFC Khabib Berlatih Dan Latihan Dia Memang Bukan Semua Orang Boleh Buat

SAN JOSE: Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov hanya mampu tunggu dan lihat mengenai masa depannya di Ultimate Fighting Championship (UFC).

Ini kerana Suruhanjaya Olahraga Neveda belum lagi menentukan bentuk tindakan bakal dikenakan ke atas ikon sukan tempur campuran (MMA) Dagestan itu.

Apa pun, perkara tersebut tidak menganggu Khabib kerana baginya agama lebih penting berbanding sukan.

Pada Mei lalu, Khabib menolak tawaran kontrak lumayan untuk beraksi di UFC 224 kerana ia bertembung dengan ibadah puasa.

“Bagi saya, agama lebih penting. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.

Khabib berjaya menundukkan McGregor.

“Sepanjang Ramadan saya mahu tumpukan kepada ibadah, itu lebih penting,” katanya.

Khabib ketika ini memegang rekod 27-0 dalam MMA, satu rekod yang jarang dicipta mana-mana atlet sukan tempur.

Beliau meraih tali pinggang Lightweight selepas mengalahkan Al Iaquinta pada aksi UFC 223 di Brooklyn pada April lalu.

Juara dunia sambo dua kali itu mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas pada Sabtu.

Khabib sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Khabib bersama isterinya yang tidak diketahui namanya.

Atlet berusia 30 tahun itu dan pasangannya berkahwin pada 2013, bermakna mereka meraikan ulang tahun perkahwinan kelima tahun ini.

Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan pada 1 Jun 2015 dan bayi lelaki, dua tahun kemudian.

Namun tidak dapat dipastikan siapa nama sulung Khabib manakala anak lelakinya hanya dikenali sebagai Mohammed. Mereka sekeluarga tinggal di Makhachkala di Republik Dagestan. Sumber: MSTAR ONLINE
Berlatih Dengan Beruang Sejak Kecil

Bapa kepada Khabib sudah melatih Khabib sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang fighter yang tidak takut dengan apa yang ada di depan matanya. Termasuklah pada beruang! Video ini dirakam 21 tahun yang lalu ketika sesi latihan Khabib dengan seekor beruang. Beliau baharu berusia 9 tahun pada ketika ini.

Bapa kepada Khabib, Abdulmanap menerangkan itu cara unik beliau untuk melihat keupayaan sebenar anaknya serta setiap pemuda di bawah jagaannya. “Di tempat kami, tiada apa yang menarik untuk beliau ketika muda. Jadi, ini adalah cara yang terbaik untuk membina keyakinan selain sebagai salah satu latihan,” kata Abdulmanap.

Abdulmanap bukan sahaja sudah melatih Khabib, tetapi beberapa lagi fighter UFC seperti Islam Makhachev dan Abubakar Nurmagomedov. Khabib sudah bertarung dengan beruang, jadi beliau perlu berdepan dengan seorang yang lebih hebat daripada seekor beruang. Sumber: The Vocket