“Kiok kena lenyek mungkin anak kau..” – Gadis Berhijab Dihentam Teruk Sebab Kutuk Ibu Bawa Motor Ini

Kalau nak tegur pun, biarlah sopan sikit bahasa tu kan? Jangan sampai jadi biadap macam ni!

Seorang gadis dikecam dan dihentam teruk oleh netizen dekat Twitter sebab cara dia tegur tidak beradab. So, gadis tu ada upload gambar menunjukkan seorang makcik bawa 3 anak dia naik motor tapi tak pakai helmet.

“Kau tak boleh suka-suka koboi bawak anak balik sekolah kepala togel macam tu dan ramai-ramai naik sekali.

“Sekali kena sondol dengan mana-mana orang yang bodoh, yang mati kena lenyek mungkin anak kau dulu.”

Gambar tu diambil sendiri oleh gadis tersebut dekat traffic light simpang empat di Batu Muda. Lagi buat netizen panas, cara gadis ni yang bukannya nak tegur depan-depan tapi cuma sekadar ambil gambar lepas tu upload dekat Twitter guna bahasa tak elok.

“Susah (miskin) dan bodoh lain tau. Kau campak la 1K, 2K, 3K, untuk beli kancil buruk. Sekurang-kurangnya anak-anak kau balik sekolah berbumbung.”

Mak pakai helmet, anak-anak togel dengan tudung sekolah. I can’t brain. Mentaliti kampung tu jangan bawak masuk KL boleh?”

Nak tahu ayat mana yang paling buat semua orang bengang dengan gadis ni? Haa tengok bawah ni:

Netizen yang baca tweet gadis tu rata-rata tak berpuas hati sebab bahasa yang biadap and sesuka hati judge kehidupan makcik tu sekeluarga. Yelah, bukan semua orang ada kemampuan untuk beli kereta.

Mereka semua berpendapat yang kalau dia nak tegur pun, janganlah sampai menghina. Bahasa yang dia guna tu pun biarlah sopan dan beradab.

Buat malu mak bapak je biadap macam ni. Niat nak tegur tu dah betul tapi tak kena cara. Tau tak ada adab dalam menegur?