Gelak Ketawa Dengan Kuat, Anda Boleh Disabitkan Di Bawah Kesalahan Jenayah Kecil

Ketika berada di rumah, pastinya anda menginginkan suasana yang tenang dan aman. Tanpa perlu mendengar bunyi bising yang datang dari persekitaran.

Namun, ianya menjadi sukar dengan adanya jiran tetangga yang tidak memahami dan sering membuat bising tanpa menghiraukan orang lain.

Ya, itu rumah mereka, kawasan mereka. Namun, anda masih berjiran dan itu bermakna ketenteraman setiap penduduk harus diambil peduli juga. Jangan disebabkan itu rumah anda, anda tidak kisah dengan keamanan jiran tetangga.

Hormatilah jiran masing-masing ok?

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika anda dilaporkan telah membuat bunyi bising yang keterlaluan, ianya merupakan satu kesalahan jenayah

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh pihak PDRM sendiri melalui satu posting di laman Facebook. Baca penuh di bawah:

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihak PDRM tidak menyarankan untuk pihak anda mengambil tindakan dengan sendiri. Contohnya, jika anda tidak berpuas hati dengan jiran anda yang masih juga membuat bising walaupun pernah ditegur, laporkan sahaja kepada pihak polis.

Jangan bertindak untuk mengetuk rumah jiran dan menggunakan kata-kata yang kesat atau melakukan perkara yang membolehkan anda ditangkap jika anda didapati bersalah.

Jika disabitkan kesalahan, anda mungkin akan didenda tidak kurang daripada RM100

505a

Macam-macam benda boleh beli dengan duit ni.

Rupanya ramai juga yang mengalami masalah gangguan bunyi bising di kawasan rumah:

381c

Aa62

7d51

Jangan main-main, buat bising yang boleh mengganggu ketenteraman jiran pun boleh disabitkan atas kesalahan jenayah tau