Raih 3 Emas, Jurulatih Buka Cerita Dik Wan Tetap Nak Join Walaupun Tengah Cedera Groin Putus

Baru lima hari temasya Sukan Para Asia 2018 berlangsung di Jakarta tetapi atlet pelari pecut negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya buktikan kehebatannya dan berjaya raih 3 emas untuk negara. Wow!

Juara Paralimpik Rio yang mesra dipanggil Dik Wan tu meraih emas ketiganya menerusi acara lompat jauh T36 (celebral palsy) sekaligus berjaya pecah rekod dengan catatan 5.49 meter!

Bukan tu je, menurut ProjekMM, ketika acara yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tu, Dik Wan berjaya melakarkan rekod baru Asia dengan catatan masa tersebut!

Emas pertama diperoleh melalui acara 100m T36 (celebral palsy), juga turut mencipta rekod terbaru dengan masa 11.87 saat. Rekod terdahulu dipegang oleh atlet Rusia, Evgeni Shvetcov dengan catatan masa 11.90 saat.

Dik Wan kemudian berjaya dapat emas kedua melalui acara 400 meter T36(celebral palsy) semalam di Stadium Bung, Jakarta dengan catatan masa 59.36 saat.

Jurulatih Dik Wan ketika dihubungi dan temu bual bersama penyampai Radio Era pagi tadi membuka satu cerita yang membuatkan admin sendiri terkejut.

Menurut jurulatih, ketika acara 400 meter tu, Dik Wan sebenarnya sedang dalam kecederaan di mana otot kunci paha (groin) putus.

Dik Wan dinasihatkan untuk berehat (dan tidak turut serta acara larian tersebut) tapi kira-kira jam 1-2 pagi ketika hari perlawanan, dia beritahu jurulatih untuk join acara tu.

Dia ketuk pintu bilik saya dan beritahu ‘coach, saya nak masuk acara tu’.”

Akur dengan permintaan Dik Wan, jurulatih tu bagaimanapun berpesan dengan dia untuk hanya berjogging ketika acara.

Saya suruh dia (Dik Wan) jogging je tapi masa 100 meter terakhir dia pecut.”

Ternyata, kegigihan dan semangat Dik Wan berbaloi! Pecutan semasa 100 meter terakhir membuatkan dia berjaya peroleh tempat pertama dalam acara 400 meter T36 tu!

Dik Wan juga dikatakan alami kecederaan beberapa minggu sebelum temasya berlangsung namun dipantau doktor dan pasukan medik. Kuat semangat Dekwan ni kan!

Dua emas yang dimenangi Dik Wan semalam berjaya bantu Malaysia untuk duduki tempat kelapan secara keseluruhan dengan kutipan 13 emas, 18 perak dan 19 gangsa. Difahamkan, Malaysia mensasarkan untuk peroleh 15 pingat emas dalam temasya sukan ni.

Cayalah Dik Wan! Lobak Merah ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat semua atlet para di temasya Sukan Para Asia 2018! We are proud of you!