Senangnya Buat Kek Coklat Viral 4 Sudu, Kukus 20 Minit Siap! Hasilnya Memang Gebu Gebas

Memang senang rupanya nak buat kek coklat 4 sudu yang kian viral ini. Kukus dalam 20 minit sahaja dah boleh hasilkan kek yang gebu. Bukan apa, ada masa memang tekak teringin nak makan kek coklat, tapi nak buat sebiji kek besar sayang takut tak habis atau tak jadi. Jadi sebagai alternatifnya mak-mak bolehlah cuba resipi dengan sukatan adunan yang kecil ini. Rasanya sedap, nak makan pun senang, sekali ngap je!

Berikut perkongsian resipi Kek Coklat 4 Sudu oleh Puteri Shahidah yang dikongsikan didalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN):

“TERIMA KASIH KEPADA YANG KONGSI RESEPI KEK 4 SUDU NI.MEMANG POWER, GEBU GEBASS.RASA PUN ELOK JE.KALAU NAK LAGI SEDAP BOLEH GABUNGKAN DENGAN TOPPING COKLAT DIATASNYA. TOPPING TU SAYA MAIN AGAK JE BAHAN-BAHANNYA, TAPI ALHAMDULILLAH RASA NGAM DENGAN KEK.”

Bahan-Bahan: # 1 biji telur # 4 sudu gula # 4 sudu tepung gandum # ½ sudu teh baking powder # ½ sudu teh soda bikarbonat # 2 sudu makan serbuk koko # 4 sudu makan minyak masak

Cara Membuat:

1. Pukul telur dan gula sampai kembang.(guna garfu sahaja)

2. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat).

3. Campurkan adunan tepung tersebut ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi.

4 .Kemudian, masukkan pula minyak masak dan kacau sebati.

5. Kukus dalam 20 minit, siap!

Topping

* 4 sudu serbuk koko

* 50ml air @ susu cair

* 250 susu pekat(Ikut rasa manis masing-masing)

* 3 sudu Minyak masak

* 2 sudu besar Tepung jagung (nk bg pekat sedikit)

Cara Membuat:

1. Campurkan semua dalam periuk, kemudian masak atas api perlahan sehingga berkilat.

2. Biarkan sejuk sedikit, tapiskan jika ada sisa ketulan. Siap!

3. Bolehlah curahkan diatas kek coklat tadi.

Selamat Mencuba!

Sumber: Puteri Shahidah