“Madu itu indah…”- Wanita ini kongsi pengalaman manis hidup bermadu

Bukan semua wanita di dunia ini dapat menerima kehidupan berpoligami. Namun, berbeza pula bagi wanita bernama Sherilyn Aidala, yang mengakui hidupnya begitu bahagia setelah hidup bermadu. Jom ikuti perkongsian wanita cantik ini tentang pengalaman manis sepanjang mengenali madunya itu.

Suka saya nak kongsikan gambar kenangan saya bersama madu saya, dia merupakan sahabat karib saya, juga seperti adik beradik saya sekarang.

Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya terhadap dia, sebab kalau bukan kerana kehadiran wanita ini, mungkin saya tidak akan menjadi diri yang baru pada hari ini.

Dialah teman saya menangis dan ketawa bersama. Jauh perjalanan hidup saya bila saya cuba melihat balik ke belakang apa yang sudah saya lalui sepanjang hidup saya.

Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku hati untuk merasa sayang kepada setiap orang yang hadir dalam hidupku. Disaat tidak semua orang mampu untuk merasakan apa yg aku rasa.

Semua orang harus tahu yang  untuk menjadi sebahagia dan seakrab sekarang ini bukanlah mudah, semuanya memerlukan ilmu dan melalui proses.

Dunia ini sudah terlalu penuh dengan kebencian dan kekerasan. Dunia ini menantikan generasi baru yang penuh cinta, kasih sayang dan kelembutan.

Dan aku percaya generasi itu bermula dari diri sejatiku. Wanita yangg menjaga dirinya. Wanita yang menyayangi dirinya. Terima kasih buat hati kerana telah berlembut dengan diriku.

Jika nikmat yang sedia ada ini juga tidak cukup membuat manusia itu bahagia, jadi untuk apa Allah mahu memberinya lebih lagi? Mungkin Allah hantar kesusahan demi kesusahan, kehilangan demi kehilangan, agar manusia mula menyedari betapa besar dan hebatnya kasih sayang Allah terhadap kita selama ini.

Aku sentiasa ingat akan pesanan guru-guru yang membimbing. Kebahagiaan itu hadir apabila tiada penolakan takdir dalam hidup. Untuk itu, kita harus menerima hitam dan putih yang hadir dalam hidup

Titik tolak kebahagiaan hidup aku bermula daripada aku mula belajar mengenal diri, dan menggali ilmu dengan lebih mendalam melalui segala program yg dianjurkan oleh e-hati.

Banyak sebenarnya ilmu yang tidak ketahui oleh orang ramai, sama seperti aku dahulu. Ilmu hati dan psikologi tentang manusia itu adalah sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih ya Allah, kerana telah menghantar orang-orang untuk membimbing aku.

Saya memohon maaf seandainya perkongsian ini menguris hati anda yang membaca, namun sejujurnya tiada niat yang tidak baik, hanya berkongsi rasa dan pengalaman.

Kepada anda yg ingin mengetahui kisah, perjalanan dan pengalaman hidup, bagaimana saya bangkit memajukan diri daripada kemurungan dan tekanan hidup yang melampau dsuatu ketika dahulu, saya berbesar hati untuk menjemput anda masuk ke dalam satu group Facebook percuma dan hanya dibuat khas untuk wanita yang bergelar isteri sahaja.

Sungguh bertuah pemilik nama Sherilyn ini kerana memperoleh satu nikmat dan kebahagian yang bukan semua orang dapat merasainya. Pengasas kepada Sherilyn Beauty Care ini juga sentiasa disenangi orang ramai dan menjadi inspirasi bagi kebanyakan wanita di luar sana terutamanya bagi seseorang yang bergelar isteri.

Sumber : FB Sherilyn Aidala