Dituduh makan gaji buta – Ini respon pedas doktor hospital kerajaan terhadap kutukan gadis ini

Bagi korang yang dah biasa pergi klinik kerajaan, mesti korang tahu betapa lamanya nak tunggu giliran berjumpa dengan doktor. Boleh jadi kalau korang datang pukul 11 pagi, pukul 3 petang nanti barulah dapat rawatan.

Isu servis hospital dan klinik kerajaan yang lembab ni akhirnya disuarakan oleh seorang gadis di Twitter yang tak puas hati setelah lebih sejam tunggu di klinik kerajaan tersebut. 

“Dah lebih sejam si*l aku tunggu. Korang memang b*bi. F*k klinik kerajaan!” 

Menurut gadis tersebut, temujanjinya pada 10.37 pagi dengan pakar orthodonticdah drag sampai sejam walhal dia dah sampai 15 minit awal sebelum appointment. Kelewatan buat dia bengang tahap gilalah sebab ada benda settlekatanya lepas ni.

“Celah mana gaji buta dik. Ni la doctors yang kadang-kadang accident sebab tahan mengantuk”

Tweet panas yang kini viral di media sosial ni buat seorang doktor dengan nama Ari terpanggil untuk memberi respon.

Menurutnya, doktor tak makan gaji buta macam gadis di atas ni claim tapi patientdi klinik kerajaan memang TERLALU BANYAK sampai tak menang tangan dorang dibuatnya. Malah pesannya lagi, kalau korang financially stable, eloklah pergi klinik swasta dari kerajaan. Betul gak tu!

Netizen lain ikut back up doktor, kalau demanding macam ni pergi klinik swasta jelah

Tweet gadis ni jugak mendapat respon warga netizen yang rata-rata tak setuju dengan pandangan gadis tersebut.

Bagi kebanyakan netizen, kalau seseorang tu expect nak dapat servis yang baik dan on time masa appointment, baik pergi klinik swasta. Jangan buang masa ke klinik kerajaan yang terang-terang ramai patient.

“Dia bukan sekali datang situ… at last dapat tahu orang kat situ ter’missed’ nama dia” 

Macam manapun, seorang netizen datang back up gadis viral ni dengan menceritakan hal yang sebenar. Rupa-rupanya staf hospital yang buat kesilapan.Oh macam tu… tak baik korang marah-marah sis ni.

Papepun, diharap semoga mereka kat luar sana tu fahamilah pekerjaan doktor yang serba mencabar ini. Tak semua orang boleh pikul tanggungjawab sebesar tu sampai tak cukup rehat demi ubati pesakit.