“Andai ini senyuman terakhir.” -Terkesan dengan insiden Lion Air, pramugara ini buat luahan hati

Kejadian nah@s pe$awat Li0n Air JT-610 di Indonesia, sememangnya memberi kesan kepada rakyat di seluruh negara.

Pesawat yang baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno, Jakarta telah dilaporkan terhempa$ ke Lautan Karawang Jawa Barat tidak kurang dari 13 minit selepas berlepas.

Namun apa yang menyedihkan, ramai yang mula membuat spekulasi tentang kejadian yang berlaku.

Berikutan itu, seorang pengguna Facebook Shafik Gouliaman yang merupakan seorang pramugara penerbangan Air Asia telah memuat naik status di Facebook meluahkan isi hatinya terhadap insiden yang berlaku.

Kami jaga 180 nyawa penumpang

Dengarlah isi hati kami.

Kami inginkan yang terbaik untuk anda.

Kami memastikan anda duduk tenang dan selesa di sepanjang perjalanan anda ke destinasi dituju.

Kami selalu berusaha memenuhi keperluan anda tidak kira apa. Baik kesihatan, keselamatan dan keselesaan. Kami diajar untuk memahami anda, hari ini kami mohon anda fahamilah kami.

Fahamilah kami,

Kami tidak meminta anda menutup peranti elektronik anda kerana suka-suka. Kami ada kalanya mendesak anda kerana peranti elektronik ditangan anda itu dikuatiri mengganggu sistem komputer dan navigasi di dalam pesawat.

Kami menjaga lebih 180 nyawa penumpang dan mengambil sedikit waktu untuk meminta anda menutup peranti yang sedang anda gunakan.

Anda cukup istimewa di mata kami, kami mahukan anda dan seluruh penumpang yang lain kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat dan sejahtera.

“Andai ini senyuman terakhir.” -Terkesan dengan insiden Lion Air, pramugara ini buat luahan hati

Maafkan kami

Bukan niat kami berkelakuan tegas dihadapan anda. Disamping 180 orang penumpang yang dipertanggungjawabkan kepada kami. Jangan lupa kami juga manusia biasa yang punya keluarga di rumah menanti kepulangan kami setiap hari.

Mereka selalu mengharapkan jasad kami berdiri dihadapan pintu dan mengukir senyuman di bibir sungguh pun dalam keletihan.

Ada kalanya, kami dilanda gelora. Kami masih tersenyum memandang anda. Dibelakang senyuman itu kami memendam seribu cerita diluar kerja. Kadang-kadang kami masih tersenyum walaupun adakalanya tanpa sebab kami diherdik, dimarahi dan tengking.

Kami masih tersenyum kerana kami masih menginginkan anda berasa tenang sewaktu menuju ke destinasi. Seseorang mungkin merosakkan hari kami yang sempurna tapi ada lebih 180 nyawa penumpang memerlukan perhatian sepenuhnya. Kami akan selalu berusaha mengawal emosi di hadapan anda.

Anda menjadi keutamaan kami..

Kami cintakan pekerjaan kami. Anda selalu menjadi keutamaan kami. Kami tahu yang tersayang mungkin menanti anda di pintu ketibaan. Kami mundar-mandi di dalam kabin mengejar masa agar kita tidak terlewat. Dari tugasan ke satu tugasan perlu diselesaikan kerana masa begitu mencemburui kita.

Kami mencari anak-anak kecil memastikan mereka selamat dalam dakapan ibu. Kami tidak minta untuk didengari, kami cuma mahu anda faham ciri-ciri keselamatan di dalam pesawat sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangka.

“Andai ini senyuman terakhir.” -Terkesan dengan insiden Lion Air, pramugara ini buat luahan hati

Kami inginkan yang terbaik buat anda…

Apabila kami memberitahu anda sesuatu, pandanglah kami dengan senyuman dan angguklah sekiranya anda faham. Kami ingin memberitahu kepada anda sesuatu yang sangat penting berkenaan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan.

Kami mungkin memerlukan anda pada ketika itu untuk membuka pintu kecemasan. Kerana kami mungkin berada di belakang dan di hadapan untuk membuka pintu yang lain. Mulai saat ini bertanyalah sekiranya anda tidak faham, kami berbesar hati memberikan anda pengetahuan keselamatan.

“Andai ini senyuman terakhir.” -Terkesan dengan insiden Lion Air, pramugara ini buat luahan hati

Mungkin ini senyuman terakhir

Satu demi satu peristiwa, kami tidak tahu sekiranya hari ini mungkin menjadi senyuman kami buat kali yang terakhir. Kami mahukan yangterbaik untuk anda, tidak ada lain selain keselesaan dan keselamatan anda.

Kami tidak minta penghargaan tapi berikanlah kami sedikit senyuman agar kami selalu percaya bahawa anda tahu yang kami selalu mengharapkan yang terbaikuntuk kita bersama.

Al- Fatihah

“Andai ini senyuman terakhir.” -Terkesan dengan insiden Lion Air, pramugara ini buat luahan hati

Semoga semua yang bekerja dalam industri penerbangan tetap utuh dan kuat melaksanakan tanggungjawab. Setiap perjalanan di awan biru pastinya ada risiko antara soal hidup dan mati.

Teruskan langkahanmu wahai juruterbang, pramugara dan pramugari di awan biru!