Selepas 8 Tahun Bernikah, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Mengapa Dr Harlina Jadi Pilihannya. Sweet!

Sebut saja pasal Angkasawan Pertama Malaysia, mesti korang akan ingat dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga isterinya, Dr Halina yang sangat sweet dan sentiasa serasi bersama.

Diam tak diam, dorang berdua ni sudah pun bernikah selama 8 tahun dan dikurniakan 4 orang anak yang mana dua darinya kembar lelaki yang comel dan sihat.

Admin masih ingat lagi, ramai yang crush gila dengan angkasawan kita ni dan memang frust menonggeng masa beliau bernikah dengan Dr Halina. Tapi as time goes by, kita tahu yang mereka ni memang made for each other.

Lebih manis lagi bila Dr Sheikh ada post di Instagram semalam, ucapan ulang tahun perkahwinan ke-8 yang mendedahkan sebab kenapa dia pilih Dr Halina sebagai isterinya. 

“Saya tertarik dengan kebijaksaan dari kecantikannya” 

Kata Dr Sheikh Muszaphar, dia dan isterinya pertama kali bertemu ketika dia masih bertugas di HUKM. Dr Halina merupakan studentnya ketika tu. Oh lecturer jatuh cinta dengan student la ni…

“Saya bertemu dengan Dr Halina semasa zaman saya di HUKM. Dia pelajar saya masa tu. Saya lebih tertarik akan kebijaksaan dari kecantikannya – ini bukan melawak tapi dia memang jawab semua soalan saya masa clinical rounds,“ katanya.

Berpisah semasa training di Rusia, kembali bersama selepas pulang ke Bumi

“Bila saya terpilih menjadi angkasawan di Rusia, kami sebenarnya ‘putus cinta’ sebab tak yakin apa yang akan berlaku kepada hubungan kami. Saya sentiasa percaya akan takdir. Allah lebih mengetahui. Kalau sudah tertulis, ia pasti akan terjadi.

“Dan Alhamdulillah bila saya pulang ke Bumi, Dr Halina tunggu saya dengan tangan yang terbuka.

Saya tak pernah beritahu sesiapa mengenai hal ini tapi saya mimpikan dia semasa saya di angkasa, pada masa itu saya tahu ini petandanya,”katanya lagi.

10.10.10 tarikh kami mengikat tali pernikahan 

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini dan kami dikurniakan dengan 4 anak yang comel. Semoga keindahan dalam perkahwinan ini kekal selamanya. Amin…” kata Dr Sheikh Muszaphar.

Bagi korang yang tak tahu, Dr Sheikh Muszaphar juga ingatkan tarikh 10 Oktober ni juga sangat bermakna sebab ini tarikh anniversary dia ke angkasa sejak 11 tahun lalu iaitu pada 10.10.07. Wah!

Kami doakan semoga angkasawan negara dan isteri serta anak-anak bahagia hingga ke jannah. Good inspiration to all!