Masih Ingat Dengan Siti Sifir. Ini Adalah Wajah Terkininya, Cantiknya

hai adik-adik! apa khabar semua? bertemu lagi kita dalam rancangaaaaannn… A-L-O-N-G .. ALONG!!

wohooo… ini satu ceritera intelektual hebat zaman aku kekanak dulu. siri televisyen, rancangan kanak-kanak – A.L.O.N.G – yang pernah menjadi kegemaran dan tatapan wajib bagi ramai dalam kalangan kita. in b4 “hahaha korang dah tua!”

bagi adik2, korang2 yang dok kerut2 dahi, pikir … menatang apa la ALONG ni… meh aku story sejarahnya sket2.

Rancangan A L O N G (dibaca Along) ni merupakan rancangan pendidikan bagi kanak-kanak riang macam aku. hahaha. watak utama dia, seekor kucing kaler brown, yang bernama Along. tak lama lepas tu, along pon ada adik beradik – Angah dan Achik. kucing jugak. luls.

Rancangan ni memang edukeshenel dan bermoral tinggi, sesuai untuk tontonan umum/sekeluarga.

Along ni memang best. time tu, rating siaran tv1 memang melonjak pasal Along. mana tak nya… balek main je, mesti ngadap tv dulu – nak tengok along. kekadang maghrib pon laju je solatnya; tanak miss tengok along punya pasal.

hahaha. aku hilang ingatan pulak tentang bila rancangan ni mula-mula disiarkan kat tv. tapi kalau tak silap around 1995 or 1996 camtu. Along disiarkan kat TV1. pernah diulang siar kat TV2 kot. seingat aku, dia on air tiap jam 7 malam (sebab 7.30 malam ada doraemon..) hehe..

Dalam rancangan ALONG ni, ada macam2 segmen… antara yang power dan terkesan kat jiwa dan sanubari aku… ialah segmen resipi Ela dan Eli. bhahaha… dorang punya resipi memang klakor.

hahaha. aku sanggup berkayuh pegi pasar malam esok malamnya sebab nak beli kuey teow, dan paksa mama masak telur mata separuh masak – semata-mata nak tiru resipi ela eli. LOL xD haiyoo rindu. dorang bukan je masak.. tapi pandai berpantun ooo! ^^

dan… paling paling paling paling lejen sekali pasal rancangan Along ni… ialah.. segmen yang paling dinantikan oleh semua kekanak zaman tu. miss part laen takpe, jangan segmen ni. apadia!?

Siti Sifir!

perrgghh… disebabkan si Siti Sifir ni laaa aku jadi terer hafal sifir 1 sampai 12, tahu? siyes! siti sifir ni budak lagi dalam segmen tu. dia cukup suka melawa. pakai baju nak fancy je. pastu spek mata gelap dia…

memang fashionista! ada yang bulat besor, ada bintang. luls. paling tak tinggal, payung plastik. ekeke. tapi… dia punya ajaran.. haaa. memang one of a kind. dengan lagu yang template untuk semua sifir.. memang WIN!

satu.. darab dua.. dua! dua.. darab dua.. empat! bla bla bla sampai doblas. ekeke. berkesan yo!

tapi tu cerita dekat2 20 tahon duluu… sekarang? ha. aku sendiri tertanya tanya… mana pegi siti sifir ni ek? aku pon tanya la kat twitter… agak2 umo dia berapa sekarang ni? hm… last-last aku ambik inisiatif; aku google sendiri. nak tau, nak cari siti sifir punya pasal…

homaaaiii… banyak benda baru yang aku baru discover. dalam dok cari pasal siti sifir tu… tetiba aku terrrjumpak maklumat ni. – orang yang bawak watak along, yang pakai kostum along, jadi maskot rancangan tu dulu… adalah . . .

Beto Kushairy!!! wohoooo.

memang aku tak pernah sangka pon. hahaha. khabarnya kisah ni diceritakan dan disahkan sendiri oleh isteri beto. pergh… dulu pakai2 kostum, sekarang… ha. hero malaya! cayalah bro. salute!

now now… back to my main mission. along kita dah tau. so apa cerita siti sifir sekarang? haa… aku gugel punya gugel punya gugel… gambor mula2 skali yang aku dapat… ni~

Siti sifir 2

Siti sifir 1

Jom kita sama sama tonton video siti sifir di bawah

Apa pendapat semua? Cantik kan siti sifir sekarang. Apa kata komen dan share kepada semua.  Terima Kasih