Guna Barang Daiso & Mr DIY Buat Spice Organizer, Murah & Jimat Ruang!

Ruang rumah yang kecil kadangkala menghadkan idea individu untuk menyusun atur perkakas. Pelbagai idea dekorasi dicari semata-mata mahu menjimatkan ruang supaya kelihatan lebih luas dan kemas.

Seperti yang dikongsi wanita ini, dia hanya menggunakan barangan daripada Daiso dan Mr DIY untuk menghasil spice organizer dapur rumah. Anda tengoklah sendiri hasilnya, dahlah murah cantik pula tu!

Total RM 80.70 sahaja

My spice organizer. Berangan sangat nak ada pantri ala-ala farmhouse.

Hari tu i promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go. Total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja-kerja memasak.

Semua item i beli kat Mr.DIY and daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan-kawan.

Rumah sewa i kitchen dia kecik je kalau dok 2,3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la. Better simpan duit tu buat kat rumah sendiri nanti.

Dapur i dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer. In shaa allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni.

Rak and spice jar i beli kat Mr.DIY je, harga i dah mention kat pic bawah k. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel mcm i boleh cuba cara ni. Semoga bermanfaat.

Guna barangan Daiso & Mr DIY

This is wall hook dari daiso, ada yang 1kg, 3kg, 4kg i ambil yang 6kg. Harga RM5.57 per pack i beli 4 pack for 4 rack so satu rack guna 2 wall hook ni.

Rak from Mr.DIY harga RM9.50 i guna 4.

Spice jar ni i plan nak beli kat kedai eco tapi nampak kat Mr.DIY harga jaaaaauuuh lebih murah so rembat kat sini je la, RM0.85 each i beli 24pcs baru RM20.40 murah kannn.

This is how u use hot melt adhesive wall hook tu, u kena bakar sikit kat gam yang sedia ada belakang hook tu bagi cair sikit, be carefull ye kena tangan merana oii. Dah cair baru u tampal and let it sit for 2 or 3 hours baru boleh gantung rak u. Wall hook ni nak pakai kat bilik air pon boleh.

Ni orang kuat i, segala mak nenek dia boleh buat! Nak bagi u ketawa time u tengah nangis pon boleyyy. Tq husband layan kerenah wife u.

Untuk kelihatan lebih teratur, wanita ini melabelkan setiap perkakas yang disimpan menggunakan sticker. Sticker pula boleh didapati di Shopee.

Sumber : Fara Amirullah