‘Saya tak nak bercakap dengan orang yang tak sekolah’- YB

Tular di media sosial hari ini menunjukkan salah seorang YB dari Melaka bernama Norhizam Hassan Baktee sedang meninggikan suara kepada penduduk disitu. Jika dilihat dari 2 rakaman video (rakaman kedua berada dibawah) menunjukkan YB Norhizam Hassan Baktee bertindak agak kasar selepas penduduk disitu tidak mahu ikut arahan supaya jangan menggunakan jalan itu.

Menurut kata YB di dalam video tersebut, beliau menyatakan jalan kawasan perumahan disitu akan ditutup atas aduan penduduk yang membeli rumah di kawasan tersebut. Jalan kawasan perumahan itu dijadikan sebagai jalan utama kenderaan dan ianya terletak betul betul di hadapan kawasan perumahan.

Salah seorang penduduk yang menggunakan jalan tersebut menyatakan bahawa mereka gunakan jalan tersebut untuk ke mesjid. YB Norhizam Hassan Baktee beritahu bahayanya jalan kawasan perumahan dijadikan jalan utama kenderaan atas faktor keselamatan.

Beberapa kata kata yang tidak dienak didengari menerusi rakaman video tersebut dan ini dijadikan bahan api netizen meluahkan rasa tidak puas hati kepada YB Norhizam Hassan Baktee. Video yang diambil separuh tidak menunjukkan keadaan sebenar jadi kita tidak boleh spekulasi apa apa.

Tiada kenyataan rasmi dari YB Norhizam Hassan Baktee lagi. Ini bukan kali pertama YB Norhizam Hassan Baktee dikecam kerana bertindak seperti gengster. Pernah terjadi sebelum ini. Sila baca entri di bawah.

SAYA BUKAN GENGSTER

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee menafikan beliau bertindak seperti ala gangters ketika mengetuai serbuan di sebuah stor yang disyaki menyimpan baja subsidi kerajaan bagi Projek Beras Wangi Sungai Rambai seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

Menurutnya, ketika kejadian itu, berlaku provokasi di antara beliau dan beberapa penduduk setempat yang melarangnya untuk membuka stor berkenaan.

Saya bukan gangster!

“Berlaku sedikit provokasi antara saya dengan pihak penduduk di mana saya telah dihalang, dicerca dan dimaki hamun, seolah-olah saya budak-budak, sedangkan saya seorang Ahli Exco dan saya bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

“Mereka menggunakan kata-kata kesat, menyebut nama ibu-bapa saya sedangkan keduanya sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau ditemui ketika menjelaskan mengenai perkara itu selepas mengadakan perjumpaan bersama polis dan jabatan terlibat berkenaan isu penyelewengan baja bagi Projek Beras Wangi Sungai Rambai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Turut sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Tey Kok Kiew dan Exco Kesihatan negeri, Low Chee Leong.

Menurut Norhizam, video berdurasi satu minit 36 saat ditularkan oleh beberapa individu di laman sosial selepas kejadian itu sehingga ia mengundang kemarahan masyarakat malah lebih berat lagi apabila beliau dilabel sebagai ‘YB gangster’.

“Saya melontarkan pertanyaan ‘awak kenal siapa saya?’ sebab mereka maki saya dan beranggapan kemungkinan mereka tidak mengenali saya.

“Saya jelaskan, kalau tak kenal panggil ayah mereka jumpa dengan saya, jadi perkara itu tidak berlaku malah terus berlaku provokasi, mereka keluar beramai-ramai, maki hamun saya,” katanya.

Norhizam berkata, adalah tidak adil sekiranya beliau terus ditohmah sedangkan niatnya adalah untuk memperjuangkan golongan pesawah yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

“Tidak adil kepada saya kerana saya sebagai seorang Exco yang menjalankan tugas dan amanah diberikan oleh rakyat tetapi dianggap seorang YB gangters, semua ini tidak wujud kerana saya perjuangkan pesawah yang terdiri dari kalangan orang-orang Melayu,” katanya.

Beliau juga berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang menularkan video berkenaan termasuk mereka yang memfitnah serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Dalam pada itu, Norhizam juga memohon maaf jika tindakan beliau itu dianggap keterlaluan dan tidak disenangi penduduk setempat serta rakyat.