Rvpanya Zamani Sudah Mohon Tarik Diri Tapi Tidak Diendahkan Produksi GV5, Ini Puncanya.

Penyanyi Zamani dikatakan telah menawarkan untuk menarik diri dalam Gegar Vaganza 5 (GV5) pada malam Ahad atas faktor kesihatan.

Namun permintaan itu tidak diendahkan pihak produksi yang tetap mahukan penyanyi itu membuat persembahan yang akhirnya memalukan dirinya apabila dia gagal menyanyi.

Perkara itu didedahkan oleh pengurus artis berkenaan Johan Aziz sebaik rancangan itu berakhir.”Dalam apa jua program hiburan TV kerjasama antara penerbit dan artis itu wajib.

Adalah wajar penerbit/team produksi GV5 mengambil keputusan bijak untuk tidak teruskan Zamani menyanyi.

“Perlukah untuk menaikkan rating rancangan lalu memalukan penggiat seni? Walaupun dah diberitahu keadaan kesihatan tak mengizinkan dan permintaan tarik diri dari awal tak di endah.

“Adakah ini namanya industri hiburan,” kata Johan menerusi hantaran status Facebook miliknya.

Dalam pada itu Zamani yang tersingkir pada minggu kelima ini bernasib baik apabila penaja utama program iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imunitinya untuk mengekalkan penyanyi itu minggu hadapan.

Menurut juri tetap, Datuk Ramli MS, dia menyedari Zamani mempunyai masalah suara sebelum malam latihan konsert tersebut dan meminta penyanyi itu membuat pemeriksaan doktor.

“Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi.

“Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk,” katanya kepada mStar Online.

Dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Ahad, Zamani yang sepatutnya menyanyikan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’.

Biarpun penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu tidak dapat meneruskan persembahannya namun peminat memberi sokongan dengan menyanyikan lagu tersebut bersama sehingga tamat.

Selain Zamani, peserta yang bakal berentap ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Hetty Sarlene, Amelina dan duo Billyzulkarnain.Selain Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, penghakiman pada minggu ini dilakukan bersama Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pulak disandang oleh Noryn Aziz. Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Lagu tu memang senang-senang je zamani nak tapau kalau tiada masalah. Tak percaya cuba dengar.

“Kami Tak Paksa Pun Zamani Menyanyi, Tapi..”- Ramli MS Jelas Situasi Sebenar

Gegar vaganza malam ini dikejutkan dengan keadaan lagenda Zamani yang kehilangan suara kerana kurang sihat.

Keadaan kesihatan Zamani dengan masalah tulang belakang dan malam ini pula dengan masalah suara tidak menjejaskan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kelima ini.

Mengikut sumber, Tok Ram telah membawa Zamani ke klinik sebanyak dua kali untuk mendapatkan rawatan awal kerana demam dan selsema tetapi keadaannya semakin teruk hingga menyebabkan beliau kehilangan suara.

Juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan kehadiran Zamani di atas pentas pada minggu kelima adalah atas kerelaannya sendiri.

Ramli MS berkata meskipun Zamani tidak sihat namun penyanyi itu tetap ingin meneruskan persembahannya.

“Bila Zamani tidak sihat dan dia datang ketika sound check terakhir, masa itu saya terus minta dia pulang dan berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat.

“Tapi bila dia datang kembali suaranya semakin teruk dan saya cuba ‘modulate’ untuk turunkan key nyanyiannya tapi suara dia masih koyak.

“Jadi kami tak paksa pun sebab dia sendiri yang minta jangan ‘modulate’.

“Malah dia tidak pernah kata tidak mahu meneruskan persembahan malam itu.

“Cuma bila muzik sudah mula tadi dia tidak dapat keluarkan suara kerana mengalami sakit tekak yang agak teruk,” katanya selepas konsert GV5 malam tadi.

Malam tadi menyaksikan Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri.

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata penyingkiran harus dilakukan seperti biasa untuk berlaku adil kepada bintang GV5 lain.

Bagaimana pun Emarina tidak menolak imuniti yang digunakan oleh penaja utamanya, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Ini pertandingan, penyingkiran tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku kerana kami mahu berlaku adil kepada bintang GV5 yang lain.

“Bagaimana pun kami tidak menolak apabila penaja sendiri menggunakan imuniti untuk mengembalikan bintang yang tersingkir,” katanya.

Zamani berhasrat untuk menarik diri dari meneruskan penyertaannya kerana merasakan tidak relevan lagi jika terus bertanding dalam program Gegar Vaganza kali ini. Kelab peminat tegar Zamani kemudian berusaha untuk memujuknya untuk terus bertanding berhasil.

Tok Ram juga turut meminta Zamani untuk membuat persembahan kerana percaya dia boleh, apabila sampai giliran membuat persembahan, Zamani malangnya tidak berjaya membawa lagu yang ditugaskan.

Walaubagaimanapun, peminat dan juri tetap memberi sokongan kepada beliau dengan terus bernyanyi bersama-sama hingga menyebabkan Zamani sebak.

Dato A.C juga memberi semangat kepadanya dengan berkata, “lagend tak perlu menyanyi pun orang suka”.

Diharapkan keadaan kesihatan Zamani bertambah baik dan terus dapat bertanding kerana pasti program Gegar Vaganza akan suram tanpa kehadiran beliau.