10 Selebriti Popular Yang Mempunyai Pasangan Anak Kembar Comel

Selain kerjaya selebriti, perkhabaran mereka menerima cahaya mata juga turut mencuri tumpuan. Buat selebriti yang menyambut cahaya mata sulung,tahniah diucapkan dan tidak dilupakan buat mereka yang menambah bilangan zuriat pada tahun ini.

Bagi selebriti yang mendapat anak kembar, kebahagiaan yang dkecapi juga berganda. Berikut adalah 9 Selebriti yang mempunyai anak kembar

1) Zarina Zainuddin


Pujian harus diberi kepada dramatis terkenal, Zarina Zainuddin. Ini kerana anak – anak kembarnya Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai telah disahkan sebagai anak – anak istimewa yang menghidapi autism. Membesarkan anak – anak autism bukanlah satu perkara yang mudah, namun bagi beliau, kehadiran kembar ini memberi 1001 makna kepada dirinya.

” Orang boleh cakap tapi situasi tidak sama kita yang alami, Azal terganggu dengan Azil sebab Azil kembar Azal satu uri. Azal cuba memahami Azil tapi Azil tidak boleh bercakap, gerak bahasa pun lain, Azil lebih sensitif berbanding Azal, Azal terlalu sayangkan Azil dan cuba menjaga Azil sebaik mungkin” luah Zarina

2) Fad Bocey


Kehadiran dua anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan cukup membahagiakan buat pelakon dan pelawak Fad Bocey bersama isteri, Nur Syahirah A. Rahman. Bagi mereka, kelahiran kembar ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

Khabarnya pada penghujung tahun ini, Fad Bocey sekali lagi bakal menimang cahaya mata. Adakah kelahiran kali ini juga kembar? Sama – sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.– hangat.com

3) Sharifah Aleya

Aza Ameena dan Asha Ameena, namanya seindah ibu mereka, Sharifah Aleya. Terkini, selepas bersara dari Hot.fm , Sharifah Aleya memfokuskan dunia pengacaraan sebagai kerjaya terbaru beliau.

Aleya mengakui ada masanya dia keliru untuk membezakan anak kembarnya yang mana satu Aza Ameena dan Asha Ameena. Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 30, berkata, wajah anak kembarnya yang berusia empat tahun itu turut menimbulkan masalah kepada ibu dan ayahnya kerana mereka juga sukar mengenalinya.

4) Datin Paduka Iena Azman


Terpalit dengan kontroversi dengan pelakon lelaki tidak lama dahulu, Datin Paduka Iena Azman sekali lagi mencuri perhatian dengan kelahiran bayi kembar – lelaki dan perempuan beliau, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Bayi kembar mereka turut tersenarai sebagai bayi yang popular yang kini mempunyai 398 ribu pengikut di Instagram.

“ Hari ini perjalanan hidup saya sebagai suami bertukar menjadi ayah. Ini hadiah yang terbaik, cinta hidup saya telah melahirkan bayi kembar kami. Saya berbesar hati memberitahu isteri saya selamat dan anak pasangan kembar kami juga berada dalam keadaan sihat. Terima kasih semua di atas doa dan ucapan,” tulis suami Eina.

5) Ziana Zain


Siapa sangka kelahiran anak kembar Ziana Zain ketika itu hampir meragut nayawanya. Kini penyanyi terkenal yang mendirikan rumah tangga bersama Armin Zahrin ini mempunyai 4 cahaya mata.

Rupa-rupanya Kak Ziana kita bertarung dengan nyawa semasa proses pemberanakan tue. Almaklumlah, bukan senang nak lahirkan kembar. Kalau nak lahirkan anak yang sorang pun dah sakit tahap maksima, inikan pulak anak kembar.

Dengar ceritanya, doktor bagitau yang Kak Ziana ada 50% peluang untuk terus hidup selepas melahirkan anak tue. Tambah mengerikan disebabkan tekanan dar4h rendah, pihak hospital terpaksa bagi 10 beg darah untuk cukupkan dar4h dalam badan Kak Ziana.

6) Sazzy Falak & Nazril Idrus

Mendirikan rumah tangga pada 2006, kehadiran anak kembar mereka bagaikan satu rahmat dan lonjakan buat pasangan selebriti terkenal ini. Bukan sahaja makin dikenali malah pasangan ini turut menceburkan bidang dalam dunia perniagaan dengan memperkenalkan pakaian yang berjenama mereka sendiri.

Ala tomeinya gambar terbaru anak kembar Sazzy Falak nie. Rasa nak cubit-cubit jer bila bayangkan kecantikan mereka berdua apabila besar nanti. Confirm like mother like daughter. Dapat pulak DNA si ayah yang handsome. Confirm bertambah-tambah cantik dan comel.

7) Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor


Perkhabaran gembira ini telah dikongsi oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memperoleh cahaya mata kembar lelaki yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan beliau pada 27 Julai yang lalu.

Kalau nak tahu Dr Sheikh Muzaphar ini berjaya latih anak kembarnya ini yang baru usia 4 bulan tidur awal dan lena malah akan bangkit pagi waktu yang sama setiap hari.

Lagi satu yang menarik, anak kembar mereka Adam dan Noah ini juga telah dilatih tidur di bilik berasingan. Tapi sudah tentulah dengan monitor untuk mereka perhati keadaan bayi di bilik sebelah.

8) Nurul Syuhada Nurul Ain

Pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain kini kembali dalam dunia pengacaraan selepas berehat seketika dalam memberi tumpuan membesarkan sepasang kembarnya yang comel, Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan.

Harapan Nurul tentunya yang baik-baik untuk kedua anaknya. Dia menambah, “I expect them to be a good Muslim and Muslimah, InsyaAllah. And then be knowledgeable. Untuk Mateen supaya menjadi seorang lelaki yang tough supaya dapat mengharungi dugaan dan cabaran duniawi manakala untuk Emaan, I want her to be domestic.

Saya mahu dia bersama saya, tak payah pergi jauh sangat. Mateen can go study overseas, tapi Emaan belajar dalam Malaysia okey juga kan?” Luah Nurul tentang anak kembarnya

9) Farahanim Razak

Seronok lihat cara suami model Muslimah dan pengacara TV Al-Hijrah, Farahanim Razak menguruskan anak kembar perempuannya yang baru berusia 2 bulan.

Dr. Arif Aizudin yang juga seorang doktor gigi nyata tak kekok menguruskan si kembar Amina Raissa dan Amira Raissa walaupun baru pertama kali bergelar ayah.

Kasih sayang seorang ayah jelas terpancar pada wajahnya yang bahagia dan gembira dengan kehadiran sepasang anak kembar perempuan sebagai cahayamata pertamanya dengan isteri tercinta.

10) Datin Zizie Ezette

Zizie, 39, turut berkongsi kepada peminat nama yang dipilih untuk anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki tersebut pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Lebih mengujakan, bayi kembar ini dilahirkan sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran pelakon itu. Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

” MashaAllah comelnya. Semoga membesar dengan sihat dan kuat serta jadi anak yang membanggakan mama, papa dan negara,” tulis zazazaharullai di Instagram.